Spa-Weekend: Skincare Routine


Photo by Shiny Diamond from Pexels

Happy Weekend everyone! Harap semua berada dalam keadaan sihat dan sentiasa bersemangat.

Kita sebagai kaum wanita ini tidak pernah lari daripada sifat-sifat yang suka akan sesuatu yang cantik ini. Hujung - hujung minggu ini seronok kalau kita buat SPA Sendirian Berhad dekat rumah. Nak pergi SPA musim pandemik ini belum tiba masanya lagi kan. Jadi ayuhlah kita manjakan wajah kita pada hujung minggu yang indah ini.

Saya sebenarnya jarang nak manjakan wajah. Bukan sebab tiada bahan, tetapi sebab malas. Biasalah, selalunya hujung minggu inilah kita mencipta seribu alasan untuk bermalasan. Hehe

Untuk weekend yang indah ini, saya nak fokuskan skincare untuk hilangkan blackhead. Banyak betul blackhead dekat wajah ini. Tetapi benda-benda begini kalau baru buat sekali selalunya kita susah nak nampak kesan-kesannya.

Skincare Routine Step

1. Pore Blackhead Balm by Wardah

Terpengaruh dengan TikToker yang kata produk ini sangat bagus dan boleh bantu untuk hilangkan blackhead. Saya baru cuba sekali, jadi nak kata keberkesanan sama seperti dekat TikTok itu masih tiada lagi. Rasanya kena cuba sebulan dua bulan gitu baru kita akan nampak hasilnya.

Cara pakai senang sahaja. Sapu balm ini dekat kawasan yang banyak blackhead selalunya di hidung. Tinggal beberapa  minit dalam 5 minit, kemudian boleh cuci muka kita dengan cleanser (tapi kali ini saya cuci dengan cleasing oil)

2. Hydrating Cleasing Oil by Simple

Selain daripada safi cleasing oil, hydrating cleasing oil by simple juga merupakan cleasing oil kegemaran saya. Selalunya jadi pilihan kedua kerana safi cleasing oil tu bukan main cepat tiada dekat drugstore :(.

Cara pakai macam biasa, letakkan dekat tangan dan sapukan keseluruh muka.

3. Cleasing Foam by Nutox

Ini kali pertama juga saya mencuba produk Nutox. Saya boleh katakan saya tak berapa suka sebab foam dia rasa macam pakai fair and lovely (Produk ini popular waktu zaman dulu dekat Malaysia).Tetapi kulit saya bukan jenis sensetif, jadi dia tiada apa kesan buruk terhadap wajah saya. Saya sahaja yang memilih. Haha

4. Toner by Alia

Ini toner kegemaran saya sebab bau dia wangi! Saya sendiri tidak tahu bau itu bau apa. Sebab nak kata habbatus saudah, saya tidak pernah bau habbatus saudah. 

5. Mask

Mask ini sebenarnya kawan bagi waktu dia habis exchange belajar dekat Korea. Sebelum pakai mask ini, saya letak dulu dalam peti sejuk. Bila letak dekat muka, best rasa cooling dia tu.

Ada gaya tak?

6. Moiturizer Gel by Alia
Sekali lagi, saya sukakan moiturizer ini sebab dia adalah gel. Jadi ia tidak terlalu tebal (thick) untuk diletakkan ke muka saya. Pakai pun best sebab bau dia!

7. Sunblock  SPF50++ by Wardah
Akhir sekali, pakai sun protection ke muka kita! Penat-penat amal skinscare, tiba-tiba tak pakai sunscreen/sunsblock sangatlah rugi.

Jom kita rajinkan buat SPA Sendirian Berhad. Sedikit banyak boleh lah buat kita rasa sedikit relax-relax kan?

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Kulit rasa fresh bila add mask dalam skincare routine. Rasa fresh sangat.
    Nanti buat full review Pore Blackhead Balm by Wardah. If ok nak masuk list untuk beli jugak. Hehe.

    BalasPadam
  2. pernah try guna cleansing oil tu tapi mcm tak sesuai huhu sedihh sebab teringin nak buat double cleansing :(

    BalasPadam
  3. weekend is a perfect day to pamper yourself. thanks for sharing this.

    You have a very interesting blog. Let's connect. I followed your blog, I hope you can follow back! Thanks



    JULIE ANN LOZADA BLOG
    INSTAGRAM: @julieann_lozada

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, Nice to know you. Sure will follow you back!

      Padam
  4. musim pkp memang skincare routine terjaga. ingat lagi masa pkp 1.0 dulu muka breakout teruk gila, padahal pakai benda yg sama je. tapi masatu sebab tak jaga makan kot. sekarang ni dah okay balik walaupun kulit takla licin macam kaca xD

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahhhhhhhhhhhhhh menarik ni, saya lately ni jerawat muncul pula. geram kita

      Padam
  5. kulit tak ngam sangat dengan wardah ni tapi simple dengan nutox bagus

    BalasPadam
  6. Skincare routine ni kalau konsistent inshaAllah hasilnya bagus. Tapi itulah kan, rajin tu tenggelam timbul dapat buat weekend pun jadilah memanjakan diri ala di Spa :)

    BalasPadam
  7. Nice one. Until today my skincare routine tak fixed pun haha. It changes from time to time. Well, most of us pun macam tu kan. hehe

    BalasPadam
  8. Dah lama tinggal skincare routine ni, dulu ya allah macam macam pakai. Bila intern haritu, terus out. Harap harap lepas ni boleh start semula macam dulu dulu hahaha.

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.