Review: Drama Jodoh-Jodoh Annisa
Tajuk: Jodoh-Jodoh Annisa.
Jumlah Episod: 100.
Pengarah: Mohamad Riza Baharuddin.
Pelakon: Izara Aishah, Dato'Aaron Aziz, Dato' Fizz Fairuz, Amar Bahrin dan lain-lain.
Tahun Terbitan: 2019
Sinopsis:
Mengisahkan tentang Annisa yang mencari jodohnya yang terdiri daripada lima lelaki di dalam poster tersebut. Namun dalam Annisa mencari jodohnya, banyak liku-liku yang Annisa tempuhi sehingga dia menemui jodohnya.
Drama yang berjumlah 100 episod ini sangat menarik untuk ditonton. Walaupun secara jujur, pendapat peribadi saya menyatakan tajuk drama ini agak tidak sesuai dengan jalan cerita drama ini. Tapi saya faham takkan lah kita nak letak tajuk "Kisah Kehidupan Annisa yang Berliku", dah tak "catchy" dan terlalu panjang.
Fokus post kali ini saya mahu memberitahu kepada para pembaca sebab-sebab anda perlu menonton drama Jodoh-Jodoh Annisa ini.
Banyak faktor yang menarik dalam drama ini yang membuatkan saya sendiri tidak boleh move on sehingga sekarang. Malah, selepas tamat 100 episod, saya sendiri asyik terkenang drama ini sebelum tidur. Hebatkan drama ini ?
1. Jalan Cerita
Drama ini jalan ceritanya penuh dengan plot twist. Dah nama pun 100 episod, jadi elemen plot twist amat penting untuk memastikan cerita ini sesuai untuk dilaksanakan sebanyak 100 episod. Plot twist dalam cerita ini adalah pelbagai, ia merangkumi hal-hal kekeluargaan, hal percintaan dan juga hal-hal pekerjaan terutama dalam bisnes. Selain itu, jalan cerita dalam drama ini sedikit banyak dia tidak terlalu mengarut atau sesuatu yang terlalu mustahil untuk berlaku.
Perkara yang menarik dalam drama ini adalah mereka mengetengahkan konsep pekerjaan haram ataupun dalam cerita ini lebih dikenalkan sebagai "underbelly", mafia, gengster, penjualan organ, penyeludupan dadah dan seangkatan dengannya.
2. Perwatakan
Perwatakan yang paling berkesan dalam cerita ini adalah "penyayang". Kasih sayang atara sahabat, kasih sayang antara keluarga dan juga kasih sayang percintaan dalam drama ini sangat power.
Sehinggakan saya sendiri dapat rasa perasaan sayang yang dilakonkan oleh setiap pelakon dalam drama ini. Gembiranya mereka apabila keluarga itu bahagia dan sedihnya apabila berlaku kehilangan semuanya dapat dirasa dalam drama ini. Bila masuk sahaja bahagian sedih, memang saya turut menangis sekali :(.
Perwatakan kedua ialah sifat keperempuanan dalam drama ini. Bagi pendapat saya, hebatnya penulis skrip ini memastikan setiap wanita yang ada dalam drama ni ada sifat natural yang setiap wanita miliki. Sebagai contoh, hebat mana pun seseorang perempuan itu, kalau ada sesuatu perkara yang menyentuh emosi mereka, terus boleh jadi singa, atau membuat keputusan melulu tanpa berfikir terlebih dahulu. Apabila wujundnya perwatakan begini, ia membuatkan para penonton ini rasa bersama. Makna kata lain, kita akan lebih mendalami drama ini. Selain itu, yang menariknya adalah perwatakan ini ada pada setiap pelakon perempuan, tidak kira umur berapa pun, dan walaupun hanyalah pelakon tambahan masih juga ada sifat ini.
3. Pengajaran
Banyak pengajaran yang kita boleh dapat melalui drama ini. Salah satunya, perasaan tamak sebenarnya boleh membunuh segala perkara, Boleh menghancurkan hubungan yang harmoni. Boleh menyebabkan kehilangan banyak perkara. Dalam drama ini, kita boleh lihat bagaimana sifat tamak itu sebenarnya boleh meragut segalanya yang lebih bermakna dalam hidup kata. Kita mungkin dapat wang dan harta, tetapi kita mungkin akan kehilangan keluarga yang lebih berharga.
Selain itu, orang-orang yang terlibat dengan underbelly ini sebenarnya berani. Tetapi keberanian mereka ini disalurkan kepada perkara yang salah. Mereka ini berani kerana penglibatan dalam underbelly sebenarnya mempunyai risiko yang tinggi dengan pulangan yang tinggi. Konsep dia macam investment. "High risk, high return. Low risk, low return". Orang yang libatkan diri dalam agenda ini berani mahu menanggung banyak risiko. Kata orang apabila kita masuk dalam dunia gelap, mungkin sukar untuk kita keluar dari dunia tersebut. Apa-apa pun kita minta dijauhkan diri daripada dunia-dunia seperti ini.
4. Para Pelakon
Para pelakon dalam cerita ini kesemuanya adalah hebat-hebat dan bukan calang-calang. Kita ada Izara Aishah, Aaron Aziz, Amar Baharin, Shah Iskandar, Fizz Fairuz, Rosnah Johari, Adam Corrie dan sebagainya. Boleh rujuk : Jodoh-Jodoh Annisa - Wikipedia.
5. Muzik Latar Belakang
Pemilihan muzik latar belakang dalam cerita ini sangat memberi sentuhan dan kesan buat para penonton. Terutama sekali, apabila berlakunya bahagian sedih dalam cerita ini. Jadi apabila lagu untuk babak sedih ini dipasang, secara tidak langsung mengalir air mata saya.
Oleh itu, "Adi Priyo - Aku Cinta Mati" telah menjadi lagu kegemaran saya selepas menonton 100 episod drama. Malah saya menulis post ini sambil mendengar lagu AKU CINTA MATI.
6. Pergerakkan Kamera
Ini pun menyebabkan emosi yang dibawa oleh setiap pelakon sampai ke jiwa para penonton. Lagi-lagi apabila ada beberapa pergerakkan kamera yang menunjukkan point of view seseorang terhadap seseoarang. Ketika ini kita boleh lihat perasaan seseorang itu terhadap orang yang dia sedang lihat. Kita boleh rasa betapa besarnya cinta dia terhadap orang yang di sedang lihat.
Pendapat Peribadi (Sesuai untuk mereka yang telah menonton) [Spoil Alert]
Pendapat peribadi yang ingin saya kongsikan adalah wira sebenar dalam drama ini. Wira sebenar dalam drama ini adalah Puan Khatijah yang dilakonkan oleh Norliza Abdullah. Mengapa saya katakan bahawa Puan Khatijah adalah wira sebenar?
Pertama, tiada siapa pun tahu gerak geri Puan Khatijah menyimpan rahsia Tuan Azhar yang dilakokan oleh Hilal Azman. Malah, orang ramai (orang yang mencari rahsia Tuan Azhar) ini tahu bahawa Puan Khatijah tahu banyak perkara di saat-saat Puan Khatijah menghembus nafas terakhir.
Kedua, Puan Khatijah sendiri yang menyelamatkan Rykarl yang dilakonkan oleh Dato' Fizz Fairuz. Selain itu, Puan Khatijah ini sendiri juga yang tahu banyak maklumat mana Rita (Isteri Rykarl) yang dilakokan oleh Shiqin Kamal.
Ketiga, Puan Khatijah mempunyai banyak-banyak mata yang sangat hebat. Malah, sekelip mata sahaja Puan Khatijah boleh menyuruh orang-orang beliau untuk menyembunyikan peti yang penuh rahsia yang disorok oleh Tuan Azhar ketika Tuan Azhar masih lagi hidup.
Pendapat kedua yang saya nak kongsikan adalah, bahagian paling sedih adalah ketika Annisa yang dilakonkan oleh Izara Aishah bercerai dengan Syafiq yang dilakokan oleh Shah Iskandar. Waktu masuknya babak ini, kita dapat rasakan luluhnya hati seorang wanita apabila memilih untuk bercerai sebagai jalan penyelesaian. Babak ini bertambah sedih apabila Annisa gugur dan Syafiq tidak mengetahui hal ini. Malah ibu Annisa, Puan Hayati yang dilakonkan oleh Rosnah Johati pun tidak tahu mengenai keguguran ini.
Pendapat ketiga ialah sebenarnya saya menyangka jodoh Annisa ialah Nizam yang dilakokan oleh Dato' Aaron Aziz. Tetapi malangnya, tidak. Jodoh Annisa bukan dengan Nizam tetapi dengan orang lain (sila tonton untuk tahu siapa, hehehe). Kenapa saya sangkakan Nizam? Kerana ada satu babak tu, Annisa ada berkata sesuatu yang memberi tahu dia bersetuju untuk ibunya, Puan Hayati untuk berkahwin dengan Hatta yang dilakokan oleh Shah Rezza, merupakan seorang jenayah dalam drama ini. Jadi saya menyangka Annisa akan menerima Nizam yang juga terlibat dalam jenayah underbelly ini.
7 Ulasan
Pernah tengok drama ni sikit sikit. Tak tahu siapa pilihan Annisa. Semua elok elok.
BalasPadampanjang jugak drama ni, nasib baik ada banyak plot twist taakde lah penonton bosan dengan kehidupan annisa mencari jodoh dia
BalasPadamPANJANG SANGAT, TETAPI SAYA HABISKAN DALAM MASA 3 HARI HEHE
Padamtengok drama ne d mna yaa sbb cri d utube xdpt full episod laa
PadamHi yan. nak tengok cerita ini adalah melalui astro go.
Padampernah tngok beberapa episod.. lepas tu dh x tngok dh. and x tau ending dia mcm mna. hehe
BalasPadamkenapa tak tengokkk, tengoklah sampai habis hehehehehehe. geram betol cerita ini
PadamSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.