Menukar Cara Penulisan Blog

 

 
Baru-baru ini saya terbaca post daripada blog atiqahnajihah.com yang bercerita mengenai AdSense dan Nombor Pengenalan Peribadi (PIN). Post yang sangat menarik dan banyak isi yang bagus untuk kita ambil dan jadikan inpirasi. Terima kasih buat Atiqah Najihah membuat posting yang sangat berguna untuk para blogger yang masih baru di dunia blogger ini.
 
Apabila baca posting daripada Atiqah ini, perkara pertama yang saya nak tukar dari segi penulisan blog ini ialah dengan menggantikan Nadia sebagai kata ganti nama diri kepada "saya". Sebenarnya, saya dah lama berfikir mahu menukarkan penggunaan Nadia kepada saya. Bila fikir balik, kadang-kadang rasa janggal juga menulis Nadia, Nadia dan Nadia setiap masa.
 
Kedua, saya tertarik dengan komen saudari Farhana Jafri (Salah satu blogger yang saya suka) di posting Atiqah ini iaitu mengenai penulisan menggunakan bahasa melayu yang betul. Jadi perubahan seterusnya ialah dengan menambah baik lagi penulisan dalam blog ini menggunakan bahasa melayu yang lebih teratur. Jadi apabila para pembaca menukar bahasa blog ini kepada bahasa lain akan lebih teratur. Oleh itu, pembaca tersebut akan mudah memahami posting dalam blog ini.
 
 
Ketiga, menukarkan tetapan blog ini kepada blog berbahasa melayu. Hal ini kerana, saya perlu memastikan pilihan untuk translate kan blog ini mempunyai pilihan kepada bahasa inggeris. Dengan menukarkan tetapan blog ini adalah blog bahasa melayu, para pembaca boleh menukarkan bahasa blog ini kepada bahasa inggeris.
 
Keempat ialah dengan memastikan setiap posting mestilah mempunyai lebih daripada 300 patah perkataan.  Ini adalah cabaran paling besar sebenarnya, maknanya selepas ini setiap kali menulis perlulah menulis dengan menambahkan ayat-ayat yang gratis dan juga mempraktikan segala ilmu yang dipelajari pada subjek bahasa melayu di sekolah dahulu. Sebelum publish post, saya perlu semak di microsoft word berapa perkataan yang saya telah buat.

Itu adalah empat perubahan yang saya bercadang untuk lakukan supaya blog ini akan mempunyai perubahan yang lebih baik pada masa akan datang.

Tamat sudah empat perubahan yang saya ingin lakukan. Namun begitu, apabila saya menambah gadget translate untuk blog ini, terdapat dua masalah yang berlaku. 

Pertama, pilihan bahasa inggeris tiada sekiranya tetapan untuk bahasa bagi blog ini adalah bahasa inggeris. Tetapi dah diselesaikan dengan perubahan yang ketiga (sila rujuk di atas).
 
 
Kedua, masalah yang berlaku adalah kedudukan google translate bar apabila pembaca memilih untuk menukar bahasa blog ini berada di atas blog ini. Posisi bar ini sedikit banyak mengganggu navbar di atas. Namun, disebabkan saya belajar dalam bidang software engineering, saya sedikit banyak memahami kaedah untuk menyelesaikan masalah ini. Saya berjaya untuk menukarkan posisi bar ini untuk sentiasa berada di bawah.

 
Ada yang berminat untuk saya ajar bagaimana untuk mengubah posisi bar ini? Kalau berminat cuba komen di bawah.

12 ulasan:

  1. Langkah yang bagus. Semua saya dah lama bertukar, cuma baru masukkan translator tu je. Semoga penambahbaikan ni dapat improve lagi blog kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, saya baru sedar betapa pentingnya menulis dengan penggunaan bahasa yang lebih teratur

      Padam
  2. Goodluck nadia! Semoga terus bersemangat dalam dunia blogging ya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Atiqah untuk kata semangat yang diberi.

      Padam
  3. hahaha tak ingat langsung bila komen macam tu. Terima kasih sebab suka dengan blog I jugak. Wishing u all the best in blogging. Tapi bab2 design, templates, coding ni semua memang I tak pandai jugak hehe sorry tak dapat nak bantu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Farhana hehe. Gigih saya nak buat awak notice post saya kali ini

      Padam
  4. 300 untuk setiap entri, gigih jugak laa menaip nak2 time ketandusan idea

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, tetapi kadang-kkadang saya letgo aja kalau tak boleh buat 300 patah perkataan. Tetapi semenjak menulis menggunakan bahasa melayu yang baku ni, saya boleh pula menulis lebih 300 patah perkataan

      Padam
  5. Nadia nak tanya, so better guna satu language je ke untuk blog? contohnya, kalau english, better tulis semua post dalam english 🤔

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh je ada post bahasa english dan Melayu. Asalkan menggunakan susunan ayat yang betul dan ejaan yang betul. Jadi kalau orang lain nak translate kepada apa-apa bahasa, maknanya tidak lari.

      Padam
  6. First time saya baca tip pasal gadget translate tu. Tak pernah terfikir pun. Mungkin sebab browser saya automatically akan offer untuk "translate this page" every time I surf the net.

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.