Journal: FYP-DevLog 009: Coding DevLog-005

 

Selepas meneliti sedikit structure untuk blog Nadia ni, Nadia rasa daripada Nadia blogkan day by day. it must better untuk buat week by week. So segmen ni bertukar daripada "Another day another DEVLOGGGG" dia jadi "Another week another devlog!!!!!!!!!!!!!!"

Haha-haha-haha-haha

6/7/2021 - Selasa

  1. Berjaya untuk buat page tax exemption kepada tab by tab, maksudnya user tak isi maklumat dengan begitu banyak sekali gus. Kesemuanya step by step gitu. 
  2. Wujudnya next dan previous button. 

7/7/2021 - Rabu

Lepaskan diri daripada coding (sebab tak into the mood sangat nak coding ni), so kita betulkan beberapa documentation FYP. ada beberapa bahagian yang ditegur oleh pensyarah. Jadi kita betulkan. Nasib baik tak banyak sebab report ni 105 muka surat (banyak banyak)

 

8/7/2021 - Khamis

Meeting bersama stakeholders. Allahu, agak mencabar sekarang ni. Sebab buat FYP ni terasa macam tengah kerja freelance. Awal-awal stakeholder seorang sahaja, kini jadi dua. bakal datang mungkin akan ada 3 ? hihi. 

Harini juga kiteorang decide nak guna agile methodology.  Memandangkan kitorang akan ada review dengan stakeholders lebih kurang 2 minggu sekali. Fuh. 

9/7/2021- Jumaat

Kemaskini Jira Software untuk kami structure kan balik gerak kerja kami disebabkan menggunakan Agile Methodology. Jira (Sebuah software yang dikhaskan untuk jalani agile methodology) ni menarik sebenarnya sebab boleh link dengan commit yang kita buat. So mcm puas ah gitu.

 Apa yang kitorang decide dalam Agile ni adalah setiap hari Isnin-Jumaat: Kiteorang perlu laksanakann 10 minutes meeting tempat jam 10 Pagi untuk update apa yang kami buat semalam, dan apa perancangan akan datang.

Catat Ulasan

2 Ulasan

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.