Diari Lama Mengimbau Kenangan Lama

Siapa dekat sini gemar menulis diari dan masih menulis diari? Nadia sedang kemas-kemas bilik nak buang mana-mana barang yang dah tak digunakan. Sekali jumpa diari lama sewaktu zaman sekolah rendah dan menengah.

 
Bila buka diari ni, muka surat pertama semuanya pesanan dari cikgu cikgu Nadia. Allahu rindunya Nadia pada mereka ni. Bila selak ja muka surat pertama ada biodata tentang diri Nadia.
 
Pada umur 12 tahun, makanan kegemaran Nadia adalah coklat, dan pada waktu umur sekarang ni, coklat bukanlah makanan kegemaran Nadia. Lepastu, Nadia nyatakan hobi Nadia ialah melayari internet (apa lah yang Nadia layari waktu ni?). Kemudian, cita-cita Nadia adalah ingin menjadi seorang pensyarah. Tetapi sekarang ni, Nadia masih lagi memikir mikir nak sambung sampai ke PHD ke taknak? Rasa dah tak tertanggung tengah degree sekarang ni :(

Lepastu, paling kelakar diari ni kebanyakkan adalah kisah cinta monyet. Nadia macam tertanya-tanya KENAPA BANYAK SANGAT KISAH CINTA MONYET NI? Nadia tulis pasal scandal kawan Nadia. Nadia tulis awal tahun Nadia minat siapa, tengah-tengah bulan minat siapa, akhir tahun minat siapa. Nadia tak tahu macam mana boleh confident betul minat orang ni. Tapi rasanya perangai ni sampai sekarang ada. Kejap minat oppa ni lah, lepastu ini lah. HAHAHAH. Korang macam ni jugak ke? 

Okay lagi satu kelakarnyaaaa. Nadia ada simpan gambar artis ni. Nadia sebenarnya tak ingat dia siapa. 

Korang ingat ni siapa? Nadia rasa wajah dia dah tak macam ni sekarang. Anuar Zain ke eh? Macam tak tau. hahaha. Tetapi Nadia pasti gambar ni ada dekat diari sebab pelakon ni hensem. Tengok lah tu dengan pakaian nya depan pintu tu. HAHAHAH.

Dalam diari ni banyak jugak lah surat surat gaduh dulu dengan kawan-kawan. haha biasa lah bebudak kan sikit sikit gaduh je kerja. 

Bila fikir benda ni kan, sebenarnya best juga buat diari ni, kita boleh ingat balik memori memori yang kita buat dulu. Bila Nadia baca, Nadia terus ingat semua kawan-kawan Nadia time zaman sekolah, Ingat semua benda kelakar yang kitorang buat. Bila covid ni nak berakhir jadi kita boleh penuhkan kembali memori phone kita dengan gambar gambar yang indah sebagai sebuah diari. Stay safe ya semua. Mari kita doakan Covid ini berakhir dan kita semua boleh mencipta kenangan indah bersama. 

Korang masih menulis diari ????


9 ulasan:

  1. Hai korang, Nadia nak tanya, korang boleh nampak ke ads dalam blog ni????? Thank you everyone!!!!!!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..lucu lahh..dulu ada gak diari cmnie tp hilang dh..skrg tulis lg kekadang ..ads x nmpk la pulak stakat nie

      Padam
    2. Itulah tu kelakar kan. Kalau jumpa balik tu mesti sengih sengih baca balik hihi. Laa yeke tak nampak ads. pelik juga ni tak nampak. Terima kasih ya bagi tahu saya

      Padam
  2. Zaman sekolah rendah , sekolah menengah dulu ada buku diari . Sebelum nak tidur je mesti tulis diari sehinggalah terjebak ke dunia blog, create akaun blog semata-mata nak tulis diari setiap hari

    BalasPadam
    Balasan
    1. HAHAHA, eh betul juga tu, dulu saya pun ada blog diari, tetapi dah delete dah hihihi.

      Padam
  3. Dah lama dah tak tulis diari, tulis dalam blog aje hehehe. Tapi kalau terjumpa diari lama memang jadi bahan lawak jelah hahahaha sebab macam macam benda ditulis dalamnya >.<
    Eh tak ada nampak pulak ads :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha kannn. Saya pun tergelak teruk tengok diari lama ni. Ya Allah malu betul bila baca hihihi. La yeke tak nampak ke ads ni. Peliknyaaa

      Padam
  4. Comel je diarinya. Dulu rajin mengarang cerita dalam diari. Sekarang tulis yang penting penting je. Kenangan tu menulis diari. Mengimbas kenangan lama. Siap ada selit cinta monyet sekali tu ha..
    Rasanya macam Shah Jaszle je. Ke bukan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malu bila baca kisah cinta monyet. bukan main senang time tu nak dapat cinta. Sekarang ni makin susah. Saya rasa betul tu Shah Jaszle. Lama dah tak dengar nama artis ni.

      Padam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.