First Month Internship

 

 
Hi semua, dah lama Nadia tak menulis dalam blog ni. Sejak kebelakangan ni cuba untuk menyesuaikan kehidupan baru sebagai internship! Dan sesungguhnya kehidupan sebagai pelajar dan "bekerja" adalah sesuatu yang sangat berbeza. Malah, jauh berbeza. Bila dah internship ni baru lah Nadia faham bila dengar orang bekerja cakap "Rindu zaman belajar". Ternyata sekarang Nadia pun asyik cakap "Bila nak masuk belajar balik ni :(((".

Nadia intern selaku web development di company di Bangsar South (Ehem siapa kot kot tengah intern area sini boleh roger roger eh). Nadia tak sangka sebenarnya Nadia dapat intern sebagai web development. Nadia agak terharu sebab Nadia dapat intern dan merasa pengalaman bidang yang Nadia betul betul nak fahamkan. Bidang yang betul-betul Nadia nak ceburi. Allah kurniakan rezeki Nadia intern dekat company ini adalah satu  nikmat yang tak dapat Nadia dustakan. Alhamdulillah. 

Tapi ada suatu perkara yang lagi sukar selain daripada memahami Web Development in Industry, perkara yang paling susah dan yang Nadia tak pernah sangka adalah untuk bekerja dengan situasi 100% English. Walaupun dengan rakan sekerja yang berbangsa Melayu, masih lagi kena berbicara dalam Bahasa  Inggeris. Fuhh, betul-betul berbeza dengan dunia Nadia yang sebelum Intern dan dunia Nadia semasa Intern ni. Dulu, Nadia ingat lagi Nadia selalu avoid diri daripada cakap bahasa Inggeris sebab segan dengan  broken english, dengan memang tak mahir english. Kini dicampakkan ke company yang memang menggunakan 100% english. Like WOW ! Waktu hari pertama, Nadia kerap tersasul bahasa Melayu (Sebenarnya hampir seminggu jugaklah kerap tersasul). Lepastu dah masuk minggu keempat ni, Yey dah kurang tersasul tu. Tapi selalu lah macam "You need to change this lah" or "This one eh ?" (so Manglish!). Nadia  harap dalam tempoh 6 bulan ni, mungkin english Nadia makin improve ? Siapa tahu kan ? Amin..


Okay ni sahaja Cerita kali ini. agak pendek. Untuk Nadia detailskan takut jadi terbuka mengenai kerja yang secret tu pula!

SIAPA DEKAT SINI TENGAH INTERNSHIP?


Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. saya pernah rasa fasa menyesuaikan diri tu, dan lama2 stop blogging masa tu huhu.. semoga dpermudah urusan nadia :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih syaz atas pesanan . Tu lah agak tak berapa pandai nak bahagi kan masa mana yang penting dan sebagainya

      Padam
  2. betul,saya pon broken english,tapi rasenya kalau selalu berbual dalam bhs inggeris,secara x lansung,ade improvement jugak tu..teruskan usahamu sis.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sis! hehe tu lah saya macam awal awal tu macam struggle sangat nak speaking . rasanya majoriti perasan mcm mana strugglenya tu

      Padam
  3. broken english pun takpa la kan, janji boleh paham and diorg paham apa kita ckp.. my english mmg totally broken tapi lantak la.. hahaha

    BalasPadam
  4. hi nadia, semoga dipermudahkan intern next month pula, saya akan intern next month huhu. best la kan, dpt la improve english kita. well done !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat intern awak! semoga dipermudahkan segalanya!!!

      Padam
  5. Walaupun penah ada diploma in computer science multimedia but i tak pernah kerja dalam lapangan sebab bila mintak kerja selalu low self esteem nak compete dalam bidang ni

    BalasPadam
  6. semoga dipermudahkan dan tamat dengan cemerlang

    BalasPadam
  7. tak kisah broken english pun, yang penting boleh sampai mesejnya!

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.