Selepas setahun lebih bela Chloe, dah tiba masanya saya membawa rakan sejenis sama untuk Chloe. Almaklumlah kita ni bahasa meow tak pandai sangat. Jadi bagilah dia kawan untuk memahami meow masing masing.
Baca juga: I am a new Mommy!: Hi Chloe
Kucing tiga warna! Kali ini bulunya long hair. Tak expect sebenarnya dapat bulu long hair, kira rezekilah ini. Rakan sekerja dapat anak anak bulus baru dan offer dekat kita kalau nak adopt satu. Kita adopt lah, diberi nama Suzy!
Waktu awal awal bawa balik, Chloe memang hissing je. Sikit sikit hissing. Tapi Suzy nonchalant! Dia macam “apa benda yang nak emo sangat ni ya”
Dalam dua hari macam tu sahaja suzy duduk sangkar, lepas tu duduk ke merata rata.
Lepas seminggu macam itu, tahu tahu ehh diorang dah best friend. Diorang belum lagi bestfriend yang clingy tapi dah memang kerap main antara satu sama lain.
Perubahan paling ketara adalah, chloe dah tak hiraukan saya dah. Dia dayabg dekat saya hanya untuk merayu treats sahaja. Begitu sahaja saya dilupakan :(




0 Ulasan
Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.