Selepas SPM, mana hala tuju



Seperti yang kita ketahui, beberapa hari yang lepas baru sahaja adik adik #SPM2020 dapat keputusan SPM. Oleh itu, Nadia ucapkan tahniah buat semua warga #SPM2020 dengan keputusan yang anda peroleh. Tolak tepi lah dengan insan-insan yang cakap “Bila masuk U, A dah tak pandang dah”. Pedulikan sebab sekarang adalah masa untuk korang meraikan dengan apa-apa pun keputusan yang korang dapat !

Baiklah balik pada topik dan tajuk besar kita, “Selepas SPM, mana hala tuju yang patut dipilih?”. Baiklah kali ni post ni Nadia buat untuk menjawab beberapa soalan yang lazim ditanya adik-adik SPM2020 kita [tapi diingatkan sekali lagi, Nadia menjawab berdasarkan pengalaman Nadia dengan SPM aliran sains, mungkin perkongsian ini tidak beberapa sesuai untuk pelajar yang SPM nya bukan aliran sains ]

MASUK MATRIKULASI @ ASASI ATAU DIPLOMA?

Nadia takde pengalaman  diploma. Tapi apa yang Nadia boleh sharekan lah, waktu Nadia habis SPM , Nadia masih lagi keliru nak ambil bidang apa (kira gagal lah part part research apa yang perlu dilakukan selepas SPM, bidang apa yang saya patut ceburi). Disebabkan ni, Nadia decide Nadia patut sambung matrikulasi@asasi. Sebab matrikulasi@asasi ni lebih kurang sambung bidang sains kita dulu je, tapi tambah sikit sikit lah advance gitu tapi masih lagi aura macam ambil SPM gitu. Tapi kalau korang jenis dah memang ada aim dan dah tahu dah apa yang korang nak buat, boleh lah pilih diploma. Sebab bila ambil diploma ni , korang pun dapat kerja dan rasa pengalaman dekat industri dengan sijil diploma korang tu.  Selalu orang cakap asasi ni fast track lah, so belajar macam laju sikit berbanding diploma. Tapi sebenarnya diploma dan asasi adalah sangat berbeza dari segi content yang kita belajar. Kalau diploma memang kira dah belajar asas asas bidang specific. Kalau asasi ni pulak dia masih lagi tidak specific dan pembelajaran dia pula memang berasaskan teori semata – mata. Kalau application pun mungkin buat lab kima dan fizik [ikut bidang].



MACAM MANA NAK TAHU KITA PERLU AMBIL SAINS HAYAT ATAU SAINS FIZIKAL?


Benda ni betul betul bergantung kepada korang. Korang minat mana satu. Antara dua pilihan ni kalau nak buat keputusan boleh fikir , “Adakah aku nak sambung atau berminat untuk sambung dalam bidang perubatan, atau apa apa bidang yang melibatkan biologi?” Jika Ya, maka kalian boleh lah untuk membuat keputusan untuk memilih sains hayat. Tetapi sekiranya tidak, boleh tolak ketepi terus bidang sains hayat dan teruskan untuk memilih sains fizikal. Nadia memang nasihatkan untuk betul-betul fikir sama ada nak atau tak untuk sambung dalam bidang yang berkaitan dengan subjek biologi untuk masa depan. Nak tahu kenapa ? sebab bila kita dah buat keputusan untuk sambung sains fizikal, probability untuk kita dapat sambung mana-mana bidang yang menggunakan subjek biologi sebagai salah satu syarat adalah tipis. Jadi baik fikir betul-betul. Macam Nadia, Nadia memang dah decide awal awal dah, SPM adalah last Nadia belajar mengenai biologi, dan Nadia memang betul betul dah nekad Nadia memang taknak sambung mana mana pengajian yang berkaitan dengan biologi. Jadi Nadia pilihlah Sains Fizikal.

Akhir sekali, bila adik adik dah buat keputusan nak masuk yang mana, boleh lah contact senior senior yang pernah belajar dekat tempat tersebut. Mendengar dari yang pengalaman lagi dapat penerangan yang lebih jelas. Selagi masih ada waktu ni, buat lah yang terbaik. Belajar dekat mana-mana ada cabarannya, yang penting kita semangat untuk belajar dan berusaha. InsyaAllah, ada yang terbaik buat kita 😊.

Korang yang dah lama belajar di Universiti ni, apa pilihan korang lepas SPM ?


Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. jom join giveaway bwh.support blogger malaysia!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/03/saya-mahu-produk-creative-united-psan.html

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.