Dah lama sebenarnya tak pergi tazkirah. Semalam betul-betul pula persatuan yang Nadia sertai buat majlis solat hajat sempena nak final akan datang. Dan tak tipu, tazkirah semalam sangat menenangkan dan sangat membuka minda. Betapa lamanya dah tinggalkan majlis ilmu macam ni. Rasa syukut sangat semalam Allah masih lagi bukak hati ni luas luas untuk terima teguran dan nasihat dekat majlis semalam.
Jadi, harini rajin pulak nak menaip setelah sekian lama tak post apa apa perkongsian. Ini khas buat mu pelajar :)
Selalu kan waktu waktu study week mesti ada yang stress ada yang overstress sebab belajar. Dan sebenarnya stress atau overstress sangatlah tidak bagus. Cuba bayangkan dengan perasaan macam ni, macam mana ilmu boleh masuk? Kita nak belajar kena tenang. Betul tak? Jadi semalam Ustaz Mirza berpesan :-
1. Jauhkan diri dari sifat iri hati, dengki, takbur, riak
Kenapa pentingnya jauhkan diri dari sifat ini? Sebab pernah tak rasa bila contoh carry mark kita C dan pelajar lain lain C? Kita mesti rasa rileks je sebab semua sama taraf. Tapi mcm mana kalau kita dapat C orang lain dapat A? Mesti kita stress kan? Dan mula lah bila rasa cemburu tengok orang lain kita pun duduk push diri kita supaya boleh dapat A juga. Dan push ni lah kadang kadang tak baik untuk kita. Nak tahu sebab apa? Ok tengok no. 2
2. Tahu potensi diri
Kita kena tahu potensi diri kita macam mana. Sebab Allah ciptakan kita ni dengan kelebihan masing masing. Ada orang slow learner tp sebab dia tahu potensi dia. Dia lagi berjaya daripada orang yang fast learner. Jadi bila musim belajar ni tahu potensi diri. Jangan terlalu push nak ikut tgk orang dah 10 chapter . Kita baru 5 chapter. Takpeeeeeee. Teruskan!.
3. Berdoa biar specific
Rasanya kalau mana mana kita pergi, mesti ustaz atau ustazah pesan bila berdoa tu berdoa specific. Jangan lah doa "Ya Allah bantulah aku belajar", belajar apa? Nyatakan je. Belajar Matematik, Belajar Bahasa Melayu. Allah kan maha kaya. Mintak, mintak dengan elok ok :)
4. Fikir positif
Ni paling penting. Bila nak belajar, kena fikir positif biar senang nak faham. Ingat fikir positif untuk memastikan mindset usaha dan belajar jalan lancar. Bukan fikir "ala aku boleh score ni", kemudian dia tak belajar. Adoii tu salah konsep tu.
5. Percaya apa yang kita dapat adalah apa yang kita perlu.
Kadang kadang kita rasa betapa susahnya hidup yang kita jalani. Dan kadang kita lihat betapa senangnya orang lain. Percayalah dan kuatkan lah diri bahawa setiap apa yang kita lalui ini adalah. Perkara yang kita perlukannn. :)
6. Ubah cara hidup
Waktu waktu study week ni lah tak semestinya kena hadap buku all the time je tau. Cari ruang untuk tenang jugak. Bak kata ustaz "kalau waktu tu awak rasa bukan waktu utk awak rileks, sebenarnya itulah waktu untuk awak rileks".
Okay cukup lah 6 pesanan yang serba sedikit saya ingat. Semoga bermanfaat untuk kita semua. Pada yang sedang study week selamat study week!!!!!
2 Ulasan
Kak nadia the best!! Saya start final 2/1 ni, doakan saya 😭👍👍👍
BalasPadamthank u for the tips. i think it just back to the basic on how to excel in life and studies. good luck for ur final!
BalasPadamSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.