Beauty Tips : DIY Facial Mask

Daiso Facial Mask dan Aloevera by Neula


Hai dan Assalamualaikum :).
Harini Nadia nak share tentang DIY Facial mask. Benda ni berbaloi siapa yang memang kerap buat rutin sheet mask ni.

Kebanyakan tahu yang sheet mask ni berfungsi untuk  membantu penyerapan serum dan moisturizer lebih efektif dan lebih lama. Selain itu, pemakaian sheet mask ni lebih senang lah berbanding kita nak kena pergi spa ke, kita buat je spa dekat rumah kita sendiri :)

Baiklah, Dulu Nadia memang guna sheet mask beli tu yang satu sheet mask tu RM 4-7 . Kalau nasib baik kita beli time promotion(Semua orang akan manfaatkan promosi kan) . Nadia pernah beli Mask Elianto RM 20  dapat 20 sheet mask so berbaloi lah(Waktu Promosi) . Nadia pakai 2 x Seminggu so boleh tahan sampai 2 bulan 2 minggu macam tu.
Cuba bayangkan kalau bukan waktu promosi 1 sheet mask dalam RM 4.90 gitu kan, 
RM 4.90 x 20 = RM 98.00.
Tak ke mahal kan ? (ni berdasarkan harga  mask yang Nadia pernah tengok, mungkin sebenarnya memang ada sheet mask murah).


Tapi, lepas terpengaruh beberapa individu dekat instagram mengenai DIY Facial mask From daiso , Nadia pun try lah memandangkan Nadia memang amalkan rutin ni 2 x seminggu.

DIY sheet mask dari Daiso ni ada 35 pcs dengan harga RM 5.90
Aloevera by Neula 300ml = RM 28.20
Total  =  RM 31.40.
Kalau ikut kan cara Nadia 2 x Seminggu Nadia dapat guna selama 4 bulan 1 minggu macam tu. Ha dah jimat terutama kalau kita student yang takde gaji tetap ni :).

Baiklah, DIY mask ni mask yang dah dicompresed kan, contoh macam gambar dekat bawah, kalau kita nak apply kita kena rendamkan dalam toner .

Sumber Gambar: Daiso



 Cara Cara Membuat DIY FACIAL MASK.

#1 - Sediakan Larutan Sheet Mask

Untuk kita kembangkan compresed sheet mask tadi tu kita kena sediakan larutan. Sebelum tu ada banyak cara tapi ni cara Nadia :)

Pastikan ada bekas kecil, tak perlu guna bekas besar nanti membazir kena guna banyak air sebab luas permukaan yang sangat besar. Lepastu Nadia akan tuang sudu kecil (macam sudu makan ice cream Mc Flurry Oreo ) dan tambah air sejuk (bukan air paip eh, air suling ok!). Kemudian kacau hingga sebati.

 Sumber Gambar : Google
Sediakan bekas macam ni je , tak perlu besar besar pun.

#2- Rendam Sheet mask dalam larutan tersebut

Larutan dah siap, ha rendam sheetmask dalam larutan tersebut, nanti dia akan kembang lah macam dalam gambar dekat bawah. Kemudian apply kat muka.
Sumber Gambar : Daiso
Gambar kat atas ni guna toner.  Gambar ke tiga tu dari compresed, dia kembang.



Sumber Gambar:  Daiso
Dengan Harga berbaloi korang boleh feel feel macam ni tau :)


So, Share dengan Nadia Apa favourite sheet mask korang ! 

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Banyak baca posts pasal mask DIY ni. Tak pernah cuba buat lagi sebab susah nak jumpa barang-barang yang diperlukan dekat sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Farah stay mana tu :) Boleh beli online macam dekat shopee. Nadia pun beli beli benda ni bila tengah belajar je sebab belajar kat KL :)

      Padam
  2. selama hidup ni xprnh g pki mask... cikna just pki aloe soothing gel tu je,huhuu...;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nadia pakai ni pun sebab nak fefeeling gitu hehehe

      Padam
  3. kat daiso diy banyak je benda ni,. tpi tak pernah beli lagi hahaha
    kita jarang pakai mask, pastu muka rasa kering -_-

    BalasPadam
  4. kalau rajin baguslah. akak suka mask yang jenis krim pastu basuh..
    kadang2 je pakai sheet mask. cepat rasa geli bila pakai hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kann , tapi kalau Nadia dah start belajar Nadia memang tak merajin hehehe

      Padam
  5. i suka pakai brand happy mask. mcm2 ada. tapi mahal sikit lah for student. tp malas pakai kerap. hehe.

    boleh check ni

    https://arfaeza.blogspot.com/2019/01/mask-muka.html?m=1

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.