Anak Bongsu Ni Betul ke Manja ?



Hi dan Assalamualaikum.
Post kali ni agak emotional sikit.
Selalu orang akan cakap "untunglah jadi anak bongsu"
Untung sebab paling manja.
Untung sebab apa apa yang kita nak kita dapat.
Untung sebab apa apa orang akan utamakan kita yang bongsu.
Pendapat ni betul je untuk sesetengah keluarga dan juga tak untung bagi beberapa keluarga.
Benda tak best jadi anak bongsu:-

1. Baju turun temurun.
Ni ok je tapi yang masalahnya bila dah besar kita nak baju baru mesti mak cakap "Eh baju kakak dulu dulu tu kan boleh pakai". Masalahnya kita ni dah besar saiz badan tak sama. Kalau sama takpelah ni kalau tak sama macam mana???.

2. Paling kuat kena buli.
Part ni best je kena buli tapi menjadi beban bila semua adik beradik memang salahkan kita dan suruh kita. Bayangkan ada 6 adik beradik lepastu kita paling bongsu. Oh indahnya. Tapi ni adat lah kan. Tapi yang tak best bila melampau sangat.

3. Bukan idola.
Takde adik beradik yang mcm jadikan kita sebagai idola sebab kita tak capai lagi menara gading macam diorang, diorang dah capai menara gading. Dah ada gaji sendiri dah dapat berbakti kepada ibu bapa.

4. Kurang benda menarik dalam hidup.
Tahu tak sebab apa? Sebab kita bongsu kurang dah kalau aktiviti nak pergi mandi manda yelah kalau bawak sorang je anak tak bestlah. Lain lah waktu zaman abang abang dan kakak kakak kita. Adik beradik semua ada dan mestilah meriah nak sambut gi mana mana betul tak?. 

5. Tiada tempat nak tanya tentang akademik.
Ni merujuk kalau abang dan kakak kita tak belajar bab bab pendidikan. Pendidikan sekarang tak setara dengan pendidikan dulu dulu. Jadi kita yang anak bongsu ni kenalah usaha sendiri tapi takpe kita belajar erti usaha ni.

6. Memori yang keseorangan.
Ni lah paling sedih. Waktu sebelum kakak atau abang kita kahwin atau ada kerja sendiri dan komitmen sendiri. Kita yang bongsu ni masih kecil kita tak berapa pandai simpan memori tapi bila kita dah pandai simpan memori kita lalui semuanya sorang sorang (sebab kakak atau abang dah kahwin atau ada kehidupan sendiri). Kita dah bukan subjek utama lagi dalam kehidupan diorang. Itu yang sedih. :').


Tapi apa apa pun, kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang kita dapat. Mungkin kehidupan kita tak sama dengan orang lain. Mungkin kita lalui tak sama mcm zaman zaman orang lain. Dia nampak happy tapi kita mungkin tak. Tapi tulah kalau kehidupan ni semua sama tak menarik lah kan? 

Apa yang Nadia kongsi ni, apa yang Nadia rasa sepanjang jadi anak bongsu. :')


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. bertabahlah awak :) tapi rasanya kebanyakan anak bongsu ramai orang sayang hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, tulah. tapi selalu benda ni datang bila kita terlalu fikirkannya :)

      Padam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.