TIDUR DENGAN NYENYAK BERSAMA ORIGIN SUPERIOR COOLMAX® LATEX PILLOW | REVIEW

 

 
Waktu sampai sahaja bantal ni ke rumah Nadia rasa excited sangat-sangat sebab kebelakangan ni memang Nadia tidur sakit tengkuk. Bila dapat bantal ini ya Allah rasa bersyukur sangat-sangat dan memang tak sabar sangat nak cuba bantal ni. Nak tahu sebab apa ?

 
Sebabnya ialah Bantal Origin Superior Coolmax® Latex ni merpakan 8 bantal terbaik di Singapura! Bayangkan perasaan gembira dan teruja apabila bantal 8 terbaik di Singapura ni sampai ke rumah Nadia yang terletak di negara Malaysia ni. (Untuk maklumat lanjut, boleh baca di article Best 8 Pillows in Singapore). 
 
 
ORIGIN SUPERIOR COOLMAX® LATEX PILLOW | REVIEW
 
 
Betul, Nadia tidak tipu. Bantal ni dia padat tau tapi tak keras. Yang paling best sangat mengenai bantal ini adalah material utama bantal ini iaitu Latex. Latex ini sebenarnya dia macam bila kita letak kepala kita atas bantal tu dia akan ikut bentuk kepala kita dan masih lagi memberi kita semua perfect posture untuk tidur. Jadi bila bangun tu, sakit leher tiada lagi! Lagi-lagi Nadia ni kerja as programmer, menghadap laptop tu tak pernah berhenti. Korang boleh bayangkan sakit tengkuk tu asyik duduk hadap laptop kan. Bantal seperti ini amat lah bagus. Bila kita nak tidur tak perlu nak pusing sana sini, letak je kepala atas Bantal Origin Superior Coolmax® Latex terus zap zap perfect untuk beradu.
 
Harga Bantal Origin Superior Coolmax® Latex ini ialah RM 400.00. Harganya agak mahal akan tetapi invest beli bantal ni suatu perkara yang tak merugikan sebab material latex ni memang selesa, empuk, dan boleh bantu untuk memastikan kita dapat tidur yang sempurna. Bak kata founders, "mattresses were a long term investment".
 
The Founders, Shaun and Gee. [credit: Express photography]

 
Bagi mereka yang nak tahu lebih lanjut mengenai Bantal Origin Superior Coolmax® Latex. Boleh ke laman sesawang di bawah!

Origin Mattress:

Website | Facebook | Instagram

 

Best in Singapore:

Website | Facebook | Instagram


 

MAKAN-MAKAN : SEDAPNYA MAKANAN KOREA!

 


Haluuu people! Siapa sini suka makan ramen ? suka makan ayam pedas pedas ? Suka Makan Kimchi ? Kita geng!! Lately ni, Nadia layan kdrama Strong Woman Do Bong Soon. Setiap episod tu ada je lah nak tunjuk makanan. Sampai rasa macam  "EH AKU KENA MAKAN JUGA NI SAMBIL TENGOK K DRAMA". Bagi Nadia, kalau dalam kdrama bila time makan tu, memang teknik pengambaran drama ketika tu memang sengaja nak buat kita kebulur ye. Korang setuju tak ? hihi


 
Besar tak besar untuk korang gambar ni ? Saje bagi besar biar craving hehe.
 
 
 Haritu, Nadia dan kakak Nadia memang teringin sangat nak makan makanan korea. Tetapi, waktu tu CMCO pula. Jadi macam kita tak boleh lah nak pergi shopping mall jauh jauh. Search punya search mana-mana kedai yang ada jual makanan korea dekat dengan kawasan rumah, Alhamdulillah jumpalah satu kedai ni namanya GOT KIMCHI !
 
SENARAI BARANG YANG DIBELI  

Korean Friend Chicken Sauce

 Sos ni macam takyah susah susah nak tumis ke apa ke, just terus je guna untuk makan, kena panaskan dalam kuali letak cheese terus dan lepastu campurkan dengan ayam goreng. Kesilapan Nadia time masak ni ialah sos tu lebih sangat jadi dia macam kurang, tapi bila dah biar lama seram dekat ayam tu. Sedap!!! tak tipu.
 

Manna Seaweed Flakes

Ni bila makan dengan ramen ke, atau makan dengan ayam rasa best sebab macam ada rangup rangup gitu bila makan. Rasanya sama sahaja macam seaweed yang kita makan dengan sushi tu. 
 

Kimchi

Ni paling best lah, kimchi ni homemade tau. Maksudnya memang owner kedai tu yang buat makanan tu dan fresh! Kemduian kmchi ni memang yang paling sedap pernah nadia makan dekat mana-mana kedai!
 
Bagi siapa siapa yang tinggal area Jenjarom, boleh dapatkan makanan ni semua dekat GOT KIMCHI. Google je kat map ada je lokasi nya 
 
btw, Apa makanan Korea yang korang suka ?

 


Food: Mouthgasm Crunchy Nyummy

 

 
 
Waktu makanan sebegini viral, Nadia selalu macam "Hello, apa yang sedap sangat makan makanan macam ni ? Coklat je kot" [Judge teruk]. Tapi Nadia fikir macam ini ada sebab, sebabnya ialah Nadia bukan peminat orang yang makan coklat. Nadia sejenis orang yang kurang makan benda benda kunyah ni. Kerepek yang macam potato ke apa ke memang Nadia bukan sejenis begitu. Siapa macam Nadia angkat tangan sikit!!!

Macam satu hari tu Nadia tengok kawan Nadia baru jadi dropship untuk jenama Mouthgasm ni, Nadia rasa macam okaylah alang-alang apa kata Nadia cuba chocojar ni kan. Nak tahu juga apa yang sedap sangat, dan kenapa orang makan benda ni. Jadi kita pun beli.

Waktu pertama kali nampak, agak susah jugalah Nadia nak startkan kunyah pertama. Bukan sebab takut ke, atau macam tak berani nak mulakan benda baru kan. Tapi sebab Nadia memang sejenis yang agak kurang tertarik dengan coklat. Disebabkan kebiasaan macam ni, rasanya selepas seminggu Nadia beli barulah Nadia makan untuk suapan pertama. Lama kan ?

Dengan suapan pertama tu, maka berlaturan lah ke suapan kedua dan ketiga serta seterusnya sebab gabungan ni sangat sedap dan sesuai! Selalu kita makan cococrunch dengan susu kan. Tapi ni cococrunch dengan Mocha Chocolate geng! Jadi bila dia masuk kedalam mulut, amatlah nikmat serta memuaskan serta upmhh beli satu tidak cukup! Dan benda ni sebab Nadia beli satu je, maka Nadia macam berjimat makan tu sebab taknak terlepas nikmat yang sedap ni. Lagi satu Nadia memang akan macam "Eh enough Nadia, Dont eat benda manis tanpa memikirkan kesihatan di masa depan". So Nadia akan cuba pastikan Nadia makan sikit sikit , tak habiskan terus dalam masa dua hari ke.

Korang pernah makan chocojar jenama mana ? Ada tak nak yang nak cadangkan kat Nadia ? Atau mungkin korang juga penjual chocojar ? Kalau korang penjual chocojar boleh lah juga comment kat bawah details chocojar yang korang jual dan macam mana nak contact. Mana tahu Nadia boleh mencuba chocojar jenama lain dan beli melalui korang!.