Rindu Anak Bulus Saya

Sekarang tengah recovery, lepas pembedahan hari itu memang terus dihantar ke rumah parents. Kucing - kucing pun saya tinggal sahaja di hotel. 

Ingatkan selepas pembedahan dan sedar dari bius, badan boleh aktif, tapi sebagai insan pain tolerance nya agak rendah dan takut kalau tersilap langkah, saya memang berhati - hati dalam setiap perkara.

Duduk sekejap sahaja dah rasa darah meleleh. Tak sederas hari pertama dan hari kedua, tapi pengalirannya dapat dirasai badan.

Apa - apa pun saya rindu chloe dan suzy. Saya paling rindu chloe sebab chloe dah lama temani hidup hidup saya. Tengok gambar dia buat saya nak menangis (tapi saya tahan sebab taknak hidung saya tampung air mata yang tak boleh keluar melalui mata dan mengarahkan hidung mengeluarkannya)

Jadi saya akhiri dengan koleksi gambar chloe 

Si Chloe yang selalu menenami saya
Si chloe yang penat mencari rezeki siang dan malam
Si chloe yang teman saya nap
Si Chloe yang masuk beg lepastu tak berjaya keluar
Si chloe sekali lagi menemani saya
Si Chloe yang setia dengan saya


Catat Ulasan

0 Ulasan