3 Hari 2 Malam di Edinburgh, Scotland Part 1

Selalu orang kata kalau dari Malaysia ke luar negara akan jetlag, tapi tak berlaku pada kami. Terus adapt dengan waktu dekat Edinburgh. Sampai 6 pagi memang otak dan minda segar. Terus nak breakfast dahulu sebab perut dah lapar hanya makan roti.





Start breakfast dengan roti pizza frozen. Kami panaskan dalam microwave. Dekat luar negara mesti ada food frozen begini. Dekat Malaysia susah juga nak dapatkan. Kena pergi pasaraya yang gah sedikit seperti Jaya Grocer, Village Grocer dan sebagainya. Kalau dekat Edinburgh, mana mana pasaraya akan ada seperti ini. Cumanya kita as muslim renyah lah, sebab majoriti makanan mesti ada wine. 

Lepas breakfast, kami semua bersiap - siap untuk menerokai keindahan di Edinburgh ni. 




Ni kami bergambar dahulu depan rumah (rumah kawan yang sedang belajar di Edinburgh) sebelum bersiar siar. Tenang je kawasan ini, tak serabut. 

Dekat sana mudah, public transport sangat banyak. Jadi tak perlulah nak naik uber atau grab. Naik sahaja public transport. Dekat UK , mereka ada daily cap dalam amount 5-6 Pound Sterling. So tap lah berapa banyak dalam sehari tu. Sebab ada daily cap. 



Tempat pertama kami pergi adalah Dean Village. Dean Village ini sebenarnya kawasan perumahan orang. Jadi tarikan pelancong kerana structure bangunannya yang historical gitu. Rumah rumah dekat sini pun tuan rumah memang jaga baik - baik. Cantik sahaja setiap depan rumah mereka. Ramai orang akan bergambar dekat sini.

Seterusnya, kami teruskan perjalanan ke Circus Lane. I ni pun sama, kawasan perumahan yang cantik dan nampak classic 



Semestinya Rumah Warna Pink ini menambat hati kami. Rumah rumah dekat kawasan ini tak lah kelihatan seperti bunglow besar besar. Tapi cukup membuatkan ia kelihatan sangat berharga. Tertanya juga berapa kos rumah dekat sini (dari segi dengan gaji mengikut nilai mata wang mereka). Sebab kalau fikirkan Malaysia sekarang, harga rumah tidak mampu milik :( 



Begini sebenarnya sepanjang perjalanan dekat Circus Lane. Kalau dekat Malaysia mungkin kita dipenuhi dengan street art, macam dekat Penang.

——
Destinasi seterusnya ialah, kami pergi mencari makanan!



Dekat Edinburgh sebenarnya bukan mudah nak cari restaurant halal. Jadi kami pergi makan St. Andrews Fish & Chip. Sudah pasti sebab nak makan fish and chip.



Dua fish and chip bersama satu coca cola berharga 21.50 Pound Sterling.

Kalau ikutkan sebagai harga Pound, kira murah untuk dua fish and chip + satu coca cola. 



Lokasi pantai ini ialah Portobello Beach. Oh ya, cara kami gerak ke pantai ini juga dengan menaiki bas. Saya masih kagum dengan bas dekat Edinburgh ni.



Seterusnya, kami join “Free Ghost Tour”. Aktiviti kali ini more macam kita berjalan tengok City of Edinburgh yang dibawa oleh orang yang bertugas sambil mendengar cerita hantu disebalik tempat itu. Kami beruntung sebab dapat orang yang explain dengan “American slang”. Kalau dapat Scottish slang. Habislah kami. Memang tidak akan faham.



Dan kami akhirkan hari kami dengan pergi ke Tesco. Beli makanan dan air. 

Perbelanjaan Setakat Ini: 









Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Nice places, thanks for your sharing...

    BalasPadam
  2. Seronoknya, moga ada rezeki saya ke sini

    BalasPadam
  3. seronoknya dpt jalan2 tgk negara org..

    BalasPadam
  4. Menarik kawasan perumahan mereka. Terus jadi tempat tarikan di sini kan. Senang pelancong nak jalan jalan sana sebab transport awam pun banyak.

    BalasPadam
  5. sesak nafas tengok nilai rm tu huhu

    BalasPadam
  6. Bestnyaa, cantik betul bangunan2 kat sana. Pergi time musim summer lah kan? Suhu berapa time tuu?

    BalasPadam
  7. Asiik jalan"lagi..bareng sahabat kah?...rumahnya cakep"ya makanya cocok buat wisata

    BalasPadam
  8. datang singgah and follow sini sat dari http://www.thefox.my/ ^^

    BalasPadam
  9. slang Scottish dengan Irish, Scottish lagi pening. hahaha

    ni kalau rindu dengan tesco, kena pergi UK la kiranya? ahha

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.