#ProductiveDay: 8004 Langkah


Hasil terinpirasi membaca blog Kak Nur - Kait dan Lari. Rasa nak jadi seorang produktif juga. Asyik duduk dalam bilik, lepastu tak recharge - recharge bateri kehidupan saya sebab Isnin - Jumaat aktiviti kerja, Sabtu dan  Ahad pula penuh dengan aktiviti sosial bersama keluarga / kawan. Kita kena ada me time juga kan, fefeeling jalan sorang - sorang, termenung melihat persekitaran sambil layan lagu + membakar kalori. 

Selalunya saya dapat pergi ke taman pada jam 9.00 pagi sebab tiada kekuatan nak bangun pagi - pagi (bangun dari katil). Hari ini aim nak gerak dalam pukul 6.45 am, boleh lah tengok sunrise ? Tetapi saya akhirnya gerak jam 7.10 am juga. Silau mak aih waktu tengah drive tu. hahaha.

Dapat juga lah saya tengok matahari bulat besar dekat tasik taman tu. Cantik sangat - sangat. Saya rasa lebih berimpian untuk sampai sini sebelum matahari naik. Nak tengok keindahan yang menenangkan ini. 


Bila dah nak habis track saya berjalan (1 jam 13 minit), saya ternampak pokok ini. Sebenarnya saya tertarik ada bunga purple menghiasi rumput yang cantik. Saya mencari lah mana puncanya, rupanya pada pokok bunga ini. Maaflah, saya lemah bab - bab nama pokok ini, dari gambar pun kita tak boleh nampak rasanya. Cantik kan gambar saya tangkap ? 



Saya tidak sangka sebenarnya saya berjalan kaki dekat taman tadi dikategori kan sebagai fast walking, rasa macam jalan slow sahaja, Rupanya apps detect saya sebagai jalan fast. Bagus sebenarnya sebab saya kalau boleh dalam bulan 8 saya nak mula lari anak. Taknak buat lari lagi sekarang sebab dah lama tak buat aktiviti larian jadi kita slow slow dahulu. Santai dan tidak push. Kalau tidak, takut cepat pula saya mengalah.

Minggu depan saya akan cuba untuk bergerak seawal 6.40 pagi (alamak tapi minggu depan saya akan ke perak, jadi mustahil pula akan ada saat seperti ini) Nampaknya selepas kakak saya bersalin agaknya saya boleh dapat moment seperti ini. 

Makanya melihat keadaan sekarang ini, saya kena cari workout lain. Mungkin kena kembali tali skipping (bosan sebab saya tak suka dekat setempat :'( )

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. What a nice first pic :) thanks for your sharing...

    BalasPadam
  2. Hehe sama susah hendak jalan awal pagi. Satu susah hendak keluar sebab gelap lagi.

    BalasPadam
  3. jalan kaki ni bagus awk, ad org plan nk kuruskan badan dorg hanya jalan 5km sehari dapat lost weigt. so amazing jugak lah.

    BalasPadam
  4. cantik lah gambar pokok tu. Sama lah kita, nak start balik berjalan kaki sebelum pergi kerja. Asyik duduk je sampai lemak peha membiak dengan jayanya

    BalasPadam
  5. Yay! Kipidap, Nadia. Memang nak buat rasa malas. Tapi dia punya after feeling, syok. Dapat tengok keindahan alam, dapat me time, memang bantu otak kita jadi waras, dan badan pun rasa ringan. Yoga pun boleh, kalau malas skipping. Jaga lutut. :)

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.