Grooming Chloe di Pets Room Damansara Damai

Niat nak grooming chloe supaya kuku dia pendek. Saya nak potong sendiri susah, chloe ini jenis suka menjawab kalau buat benda dia tak suka. Jadi kita serahkan pada pakar.


Comel tak chloe ? Comel kan ? Pandai dia posing dalam camera ini. Kakak pets room kata chloe ini kuat membebel. Banyak betul benda tak kena. Saya selaku tuan tak boleh nak backup chloe, sebab dekat rumah pun chloe banyak bebel. Kalau dia nak kerusi (kerusi kerja saya) untuk dia tidur tapi tak dapat, nonstop lah dia bebel.

Kalau pagi - pagi tak bukak balcony, maka membebel lah dia. Lagi - lagi musim jerebu ini memang tak boleh nak bukak sebab sensetif hidung ini. Kalau masuk toilet lama, bebel lah dia. Kalau baling mainan dia salah, membebel lah dia. Memang kerja chloe hanya membebel.  Orang kata kucing ini sebenarnya ikut tuan dia. Tapi saya tak rasa saya kuat membebel ? hmmm


Pets Room Damansara Damai merupakan salah satu destinasi yang paling saya suka untuk hantar kucing saya. Saya tidaklah pernah pergi seluruh pet store/pet hotel di seluruh Malaysia ini, tapi pernah pergi beberapa tempat, saya tak boleh nak nafikan, memang servis daripada Pets Room Damansara Damai adalah yang paling terbaik yang pernah saya pergi. Rasa kalau satu hari pindah rumah, saya mungkin akan sangat tertekan nak cari pet store yang sangat - sangat bagus ini. Pets Room Damansara Damai telah meletakkan benchmark yang sangat bagus buat saya.





Hari ini selepas grooming, nampaklah ya dia stress. Tidur sahaja. Bangun untuk makan sahaja. Kadar membebel dia selepas grooming sangat lah sikit ya. Tak banyak macam selalu kalau balik dari hotel. Kesian dia bila tengok dia tidur nyenyak ini. Kita gelak pun dia boleh bangun dan membebel sebab kita gelak lepastu sambung tidur. Sabar sahaja lah. 


Catat Ulasan

0 Ulasan