Ramadan ke-21: Daging Goreng Kunyit

Ramadan ke-21, kakak share video Daging Goreng Kunyit by Khairul Aming. Resepinya amat mudah dan senang. Kalau tak pernah masak buat kali pertama, resepi ini amat sesuai sebenarnya.

Seperti biasa sebagai adik yang hakiki, tugas saya memotong apa yang perlu dan mencuci pinggan. Haha. Tak banyak pun bahan yang perlu untuk resepi ini.

Boleh Rujuk: Puasa Hari 16 (Part 1) - Daging Goreng Kunyit

Bahan - bahan Daging Goreng Kunyit

Paling susah nak dipotong adalah cili. Dalam resepi Khairul Aming sebenarnya guna cili padi, tapi kami tak makan pedas, jadi gantikan dengan cili merah besar (betul ke ni ?). Susah nak potong cili tersebut mungkin sebab pisau dah cukur. Jenuh nak potong serong. Nasib baik berjaya juga potong.

Bawang Holland memang berbaloi kalau banyak, tetapi kalau tak makan bawang, boleh kurangkan. Sebagai insan yang suka makan bawang, saya memang akan lebihkan kuantiti (tak ikut resepi).

Tumis Daging Goreng Kunyit

Awal - awal masak tu adalah juga rasa takut kalau tak jadi, tapi bila lama - lama tengah memasak barulah rasa macam menjadi kita masak ni.Waktu goreng tu kadang rasa tak sabar nak tunggu air tu hilang macam dalam video memasak.

Daging Goreng Kunyit


Suku - suku separuh tak ni?

Alhamdulillah menjadi kakak masak daging goreng kunyit. Credit mesti diberikan kepada kakak saya, sebab saya pembantu sahaja. 

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Betul cili besar kurang pedas.. Pandai masak, nampak meyelerakan..

    BalasPadam
  2. Jadi, jadi. Nampak menyelerakan!

    BalasPadam
  3. terliur lah sayaaaa..haih rindu masakan mak hihi

    BalasPadam
  4. Seronok kan bila try resipi baru lepas tu menjadi? Rasa bersemangat nak try resipi lain pulak. Nampak sedap daging kunyit tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Bila menjadi kita akan rasa macam kita ni dah pakar masak

      Padam
  5. Mantap! Antara menu daging kegemaran saya. Cuma mungkin lain masaknya sedikit. Selalunya saya akan gaul daging yang dipotong nipis dengan garam kunyit. Biar dia terperap sedikit.

    Lepas tu masukkan dalam kuali, letakkan air secawan. Panaskan. Sambil tunggu air kering, saya tumbuk halia, bawang merah, bawang putih.

    Bila air dah kering, tengok minyak daging tu cukup tak untuk menumis, kalau tak cukup tambah minyak masak sikit.

    Tumis bahan tumbuk tadi, masukkan sos tiram sikit dan perasa kalau nak. tumis je sekali dengan daging. Nak sedap memang tambah cili, bawang merah dan lagi kalau suka boleh tambah kacang panjang. Terliur pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uwahhh ulasan paling menarik ini sebab dapat terus dengan resepi dari another KA ni. Boleh cuba cara ini lepas ini kalau nak masak daging goreng kunyit

      Padam
  6. Balasan
    1. Mendapat pujian daripada abang ipar (suami kakak) dan juga saya sendiri haha. Jadi memang sedap!

      Padam
  7. Simple resipinya. Tapi sedap ya amat! Suka gak letak bawang holland extra, boleh buat lauk jugak tu. Pisau tumpul tu, tu yang payah nak potong cili. Kulit cili licin pulak tu kan.

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.