Menulis Journal di Apple Notes

Sejak saya uninstall media sosial, saya mulakan untuk menulis journal (ibarat diari) apa yang saya fikirkan waktu itu. Selalunya benda - benda yang menyentuh perasaan saya, saya memang akan terus tulis. Awal - awal rasa macam janggal juga bila menulis lepas itu yang baca diri sendiri sahaja. Tetapi apabila dah buat lebih dari seminggu, eh eh eh seronok juga ya. Walaupun yang baca itu adalah diri sendiri, tetapi bila kita baca kita macam refleks / muhasabah diri kita sendiri.


Bila tengok rasa macam tengah buat blog pula dalam Apple Notes ini. Sebab boleh susun dalam betul Grid. 

Walaupun sebenarnya sekarang isi kandungan saya dalam Journal ini agak terabur dan tak teratur. Rasanya, kalau dah tulis lama - lama mesti akan teratur. Sebab dah terbiasa menulis. Tahu lah nanti nak isi apa yang penting dalam journal ini.

Lagi satu, User Interface (UI) Apple Notes ini sebenarnya cantik sangat - sangat. Buat saya rasa macam jatuh cinta untuk terus menulis, sebab nak mata sentiasa nak tengok UI Apple Notes ini. Siapa pengguna iPhone mesti suka juga kan tengok Apple Notes ini? 


Apple Notes ini boleh juga dalam list. Boleh tengok kali pertama dan kedua saya buat notes itu, tiada pun waktu. Lama - lama saya rasa Tarikh dan waktu adalah perkara paling penting. Sebab kebarangkalian saya akan tulis lebih daripada satu journal dalam satu hari. Dulu bercita - cita nak tulis diari, tetapi tangan saya amat buruk bila menulis. Saya tak suka tengok benda buruk (tulisan sendiri) jadi apabila buat journal digital ini rasa macam sedap mata memandang.

Apa yang saya dapat apabila menulis journal ini, saya sudah sedikit banyak belajar untuk memberi ruang untuk belajar tentang diri sendiri. Dulu saya rasa, saya tiada ruang untuk fikir apa yang saya perlu ubah dekat diri saya, apa yang saya perlu elakkan dari diri saya, apa yang perlu saya tingkatkan dan sebagainya. 

Apa - apa pun post kali ini saya terinspirasi daripada I replaced Social Media with Micro-Journalling for 1 Year - YouTube. Boleh lah menonton untuk ambil inspirasi sebab menarik sebenarnya apabila mula menulis Journal ini.

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Ammi tak pernah guna lagi Notes di iphone sbb ammi masih setia guna OneNote... nanti nak godek jugaklah. payah betul makcik tua ni nak keluar dari comfort zone dia huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. OneNote tu app eh? Apple Notes ni memang paling simple je ni hehe

      Padam
  2. Bagus Nadia, tulis journal atau diari ni. Akak tak pernah guna Apple notes. Tapi akak pernah baca, tak kira apa medium kita guna, journal memang membantu refleks semula diri kita. Boleh jadi rujukan juga, kalau lupa apa yang berlaku, dan nak cari balik.

    BalasPadam
  3. Bagus juga menulis macam tulis diari. At least kalau baca semula kita boleh flash back. Saya masih guna planner untuk tulisan hari hari. Apple notes guna kalau nak beli barang je. hihi...

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.