Makan Suku Suku Separuh

Dah meningkat umur 20-an barulah dapat kesedaran betapa pentingnya penjagaan makanan. Salah satu amalan yang popular ialah "Suku Suku Separuh"

Suku suku separuh ialah panduan pengambilan hindangan tunggal. Pembahagian pinggan adalah seperti berikut:

  • 1/4 (suku) pinggan karbohidrat (nasi)
  • 1/4 (suku) pinggan protein (ayam, daging, ikan)
  • 1/2 (separuh) pinggan fiber (sayur - sayuran)


Jujurlah saya cakap, nak amalkan amalan ini adalah perkara yang paling susah. Lagi - lagi kalau sayur selalunya menu paling sikit dekat rumah. Jenuh juga lah nak fikir macam mana nak buat sayur jadi separuh. Nak tak nak saya memang beli sayur khas lain untuk saya masa extra dekat rumah.

Hari ini bermula azam nak amalkan suku suku separuh. Percayalah amat susah! haha. Betul - betul kena pujuk diri sendiri supaya tak gatal nak tambah nasi. lagi - lagi kalau makanan tu sedap sangat (makanan kegemaran). Hari ini ada juga terdetik nak tambah nasi lepas dah makan, tapi saya berjaya cakap kat diri sendiri "BERHENTILAH, TAK PENAT KE KATA NAK TURUNKAN BERAT BADAN SETIAP TAHUN". Makanya saya tidak menambah.


Ini adalah pinggan untuk makanan tengah hari saya. Nampaklah banyak kehijaun tu?. Suku suku separuh pertama saya! Bila fikir balik makan nasi dengan sup sayur pun sedap sebenarnya. Rasa makan nasi dengan benda rangup gitu. Bila kita kurangkan nasi tapi tambahkan sayur barulah rasa makanan tu cukup. Kalau tak memang rasa lapar sebab kurangkan nasi tapi tak tambah sayur.

Bila sampai malam pula, saya masak sayur Pak Choy sos tiram sebab malam tu sayur dah tinggal sedikit bagi dekat abah je makan. Jadi saya buatlah sayur khas untuk diri saya. 


Sayur Pak Choy masak sos tiram ini sebenarnya mudah sahaja. Makan benda ini setiap hari pun saya boleh happy sangat - sangat!

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Wahhh.. sedap tu .. Memang boleh je kalau makan dss .. cuma kena kuat hatinya.... Perut dah rasa kenyang tapi tekak tu teringin.. aduh...bahayaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kenakuat hati nak lawan tekak yang teringin ni. Orang kata bila nak diet ini lah dugaan paling susah. Tekak yang asyik nak makan sahaja

      Padam
  2. Nadia mcm anak dara ammi...asal order sayur je mesti pak choy..naik muak pulak kitorang ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. HAHAHA. PakChoy for the life! Hidup Pak Choy!

      Padam
  3. Suka hidangan simple macam ni. Penuh pinggan macam tu berselera makan. Setuju Nadia, susah tu memang susah. Tapi kalau dah mulakan, dah terbiasa jadinya. Kena konsistent. Chaiyuk² Nadia.

    BalasPadam
  4. Hehe memang susah. Saya pula amalkan puasa atau IF pun ada cabaran.
    Hehe nak istiqamah itu. Semoga berjaya teruskan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. IF tak sesuai untuk saya sebab saya ada gastrik

      Padam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.