Sarapan Di Warong Selekoh Jalan Merpati

Dah lama sebenarnya tak makan roti naan. Tiba - tiba hari ini teringin pula nak sarapan roti naan. Susah sebenarnya nak dapat roti naan dekat kawasan rumah. Nasib baik ada kedai melayu yang kami sekeluarga pernah nampak dekat facebook dulu. Jadi kalau craving roti naan, memang terus ke Warong Selekoh Jalan Merpati


Pernah dengar tak warung - warung macam ini selalunya makanan memang sedap. Tak dinafikan, memang sedap. Perkara yang paling saya suka, walaupun ini kedai warung biasa, kebersihannya amat memuaskan. Baru lah selesa kan nak makan everyday bila kedai pun bersih.

Kalau pergi sini, sudah pastinya saya akan order roti naan cheese! Tak main lah roti naan biasa. Kita mestilah nak cheese baru lah makan leleh - leleh gitu. Kedai ini tak banyak menu. Sama ada Roti naan atau nasi kerabu. Ha dua menu ini je. Sugguhpun dua menu sahaja, saya tak pernah nampak kedai ini sunyi tiada pelanggan. Mesti ada sahaja pelanggan. Dekat sini kita tahu yang dua menu ini memang kaw kaw sedap punya.


Dah makan satu layer baru teringat nak tangkap gambar. Nampak sangat lapar betul waktu tu. Makan roti naan cheese ni memang sedap makan waktu panas - panas. Sebab waktu tu pun cheese masih cair dalam roti naan. Dapat lah rasa lemak - lemak gitu.


Dekat roti naan ini kita akan cicah dengan kuah kari kambing. Kalau nak rasa pedas - pedas boleh minta sambal belacan. Saya pagi - pagi memang tak suka makan pedas sebab nanti lain cerita bila masuk tandas. HAHAHA. 

Bagi yang tinggal berdekatan dekat sini boleh lah datang ke Warong Selekoh Jalan Merpati!

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. wahhh, selalu roti nan dkt kedai mamak je. tak sangka warung pun ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan. Waktu first time kenal roti naan pun saya makan dekat mamak. Ini dah ada kedai melayu ini memang happy le hehe

      Padam
  2. Biasanya gitulah..warung tepi jalan tu sedap je nak-nak kalau dekat area2 kampung. Masak dari hati gitu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul area kampung kalau kedai tepi jalan memang confirm sedap! Orang kampung ada skill masak gitu

      Padam
  3. Sedapnyaaa.. siap bercheese!

    BalasPadam
  4. Teringin nak makan roti naan cheese tapi nak kedai melayu jugak. Susah nak cari kan. Kalau kedai tak pernah sunyi tu tandanya sedap lah tu. walaupun menu dia 2 jenis je.

    BalasPadam
  5. wah mengoda betul roti nan cheese tu. tpt saya susah nak cari

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.