Makan Makan Dookki IOI City Mall

 

Sementara hidup sebagai pelajar ini jadual dia tidak pack dengan assignment dan quiz, kita rajinkan diri untuk pergi makan buffet korea iaitu Dookki di IOI City Mall Putrajaya. 

Kami cadang pergi hari jumaat dengan harapan tak ramai orang sebab hari bekerja. Tetapi andaian kami salah. Hari Jumaat pun ramai juga orang. Fuh, inilah padahnya bila makan kat tempat viral ini, tak sah kalau tak ramai. Lagi sesak apabila cawangan dia sedikit sahaja. Mana tak sesak kan.

Tetapi nasib baik kami buat keputusan untuk gerak pagi. Gerak dari rumah dalam 10.15 am sampai IOI City Mall dalam jam 11.02 am. Sampai depan Dookki around 11.20 am. 10 minit sebelum kedai Dookki buka. Ini pun dah ramai juga yang beratur. Kalau datang lagi lambat lagi ramai lah yang akan beratur.

Secara ringkasnya, Dookki punya konsep adalah korean buffet. Jadi dia ada topokki dan juga nasi goreng. Sos dia pula ada dari tak pedas ke tahap yang sangat pedas. Ada juga sos jjajang juga sebenarnya. 

Waktu makan topokki tu boleh nak nak tambah apa apa makanan seperti fishball, fishcake, lala, dan sebagainya. Ada ramen juga nak kalau nak makan ramen sekali. Dekat sini juga ada makanan goreng macam ayam goreng, fishball goreng, mandu, kimari dan sebagainya.


Tips Makan Di Dookki 

gambar hiasan haha

  1. Pastikan betul - betul lapar, betul - betul kosong jadi barulah selera nak makan
  2. Jangan ambil sos pedas sebab nanti akan banyak minum air 
  3. Lepas makan topokki tak perlu lagi tambah buffet lain, terus nasi goreng jadi boleh lah anda merasa kedua - duanya

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Macam makan stimbot lah... Jangan minum air banyak2.. Rugi

    BalasPadam
  2. kalau betul2 lapar, jangan pergi membeli groceries. Habis penuh 1 trolley haha

    BalasPadam
  3. rasa macam nak pergi je makan..
    jom le teman ammi makan ha..kalau ajak husband mesti dia taknak

    BalasPadam
  4. Mungkin hari jumaat tu ramai dah cuti kot. Tu yang ramai tu. Sesekali ada peluang tak sibuk dapatlah makan kat luar kan. Bagus jugak tu ada pilihan level pedas.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Tips yg berguna sbb nampak portion banyak

    BalasPadam
  7. sedapnya ya allahhhhhhh. makanan dia tu huhu. tak pernah pergi dokki sebab duduk di utara. harap ada rezeki nanti.

    btw, done follow awak dan kita nak jemput awak join giveaway hehe

    BalasPadam
  8. What a ınteresting foods ... thanks for your sharing...

    BalasPadam
  9. yang best ada student price. masa pergi sempat la merasa student price sebab masih lagi student. haha. yang kelakar lepas makan saya dan cousin jadi food coma. nasib la

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.