Beli SmartTAG Tetapi Tak Pandai Guna

 

Kita semua tahu smart tag dekat tol ini mumudahkan kehidupan lagi - lagi untuk para wanita seperti kita ini, tangan tak panjang. Kekadang kena sampai keluar dari pintu hanya untuk scan kad touch 'n go kita.

SmartTag (Sistem Membayar Automatik Rangkaian Tol atau Toll Network Automatic Payment Systems) is an on-board unit (OBU) vehicle based device used as an electronik toll collection (ETC) system over long distances (maximum 15 metres) to complement Touch 'n Go, a card-based system.

Jadi disebabkan saya ini dah mengalami pelbagai pengalaman dengan tol, Antaranya ialah jarak kereta dengan tempat scan card Touch 'n Go terlalu jauh, kad jatuh lepastu kena hon dengan kereta belakang (paling geram). Maka kita pun berhasrat lah mahu membeli Touch 'n Go sebab naik kereta mak ada Touch 'n Go rasa senang hidup tak perlu keluarkan tangan. 

Waktu sampai je Touch 'n Go ni dekat rumah memang excited lah, sebab dah bayangkan macam mana saya memandu tanpa perlu buka tingkap apabila sampai ke tempat tol.


 Tetapi malangnya, waktu saya pergi ke rumah sewa daripada rumah saya. Ada tiga Tol. Ketiga - tiga tol saya tak berjaya nak guna SmartTAG ini. Aduh panas hati, sebab cara saya salah, lepastu memandu pula sorang-sorang, takde orang teman untuk pantau situasi smartTAG ini. 

Tak berjaya tak mengapa lagi, yang cuaknya bila tak berjaya tu, tempat scan card tu jugak dia tak berfungsi. Terpaksa lah kira undur kan kereta dengan ada kereta pula kat belakang tu. Spoil betul. Tapi nasib baik saya tak gelabah sangat hahahaha.

Saya nak cuba lagi tetapi selalu lupa nak cuba. Nanti kena cuba juga sampai berjaya!!!!

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Hehe kalau saya sudah cuak. Tidak reti guna juga Smart Tag.

    BalasPadam
  2. Ammi ingat masa mula-mula RFID diperkenalkan. Punyalah cuak kitorang (ammi & kawan) sbb itu first time dia nak berRFID. Takut barrier tak naik

    BalasPadam
  3. Smart tag ni ada sesetengah tol jadi problem macam ni lah kadang tak detect. Lepas tukar bateri baru, terus tak boleh guna dah. cari dalam internet ramai rupanya ada masalah tu lepas tukar bateri baru. Sabar je lah. Sudahnya touch macam biasa je. RFID je tak pernah guna lagi, lekat je kat keta dulu. huhu...

    BalasPadam
  4. ha aa kdg2 smarttag ni x detect sangat.. penah guna dlu

    BalasPadam
  5. try lagi nadia, boleh tu.. arah dia nampak macam terbalik sket. cuba tgk kat youtube tentu ada

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.