Susun Atur Ruang Tamu sudah Selesai

Dalam masa sehari kami semua fikir macam mana nak susun atur ruang tamu untuk letak kesemua meja dan boleh memuatkan untuk kami semua belajar. Almaklumlah yang menyewa satu rumah ini semua student IT. Kalau dah namanya student IT Banyaklah pekakas pekakas elektrik yang kami akan pakai.

Kalau boleh memang taknak beli meja sebab rugi beli meja nanti susah pula nak bawak balik. Saya bawa meja ke rumah sewa, boleh la berkongsi dengan orang lain. Walaupun majoriti perabot dalam rumah ini nampak usang, tapi bila dah baiki, semuanya okay. hahah. 

Gigih juga beli gam kayu sebab nak letak gam dekat meja meja kayu ini supaya ia tidak akan rosak. Semoga owner akan datang tahulah nak baiki rumah ini semula. Okay terbebel banyak pula kan?

Macam inilah susun atur ruang tamu kami, kami tak decorate apa - apa pun sebab tak rajin. haha. Fokus untuk muat untuk belajar sahaja dah memadai. Supaya boleh berbincang untuk project project yang bakal datang tak lama lagi. Dua meja di tepi, satu meja di tepi lagi satu dan juga meja bulat tengah -tengah yang asalnya merupakan meja makan.

Ini adalah setup meja saya. Sekarang ini saya rasa perlu membeli stand laptop sebab sakit kepala menunduk tengok laptop ni. 



Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. janji kemas dan selesa nk buat keje.. tu dh cukup okay kan.. =)

    BalasPadam
  2. Susun atur ikut keselesaan kita nak belajar dan duduk situ. Lagipun tak lama kan. Asalkan kemas dan tak semak. Senang semua geng geng je serumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jyeah betul. Nak duduk untuk buat assignment bersama sama sebenarnya

      Padam
  3. susunlah mcm mana pun janji takda wayar selirat atas lantai

    BalasPadam
  4. cantik rumah sewa nad, boleh tu susun baik2 mesti cantik

    BalasPadam
  5. Its ok janji selesa dan tak berselerak nak study.

    BalasPadam
  6. susun ikut selesa kita, untuk mudahkan kita buat kerja… cntik rumah sewa awk..

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.