Bila duduk rumah sewa ini memang mood masak tu tetiba rajin. Sebab nak penuhkan tekak sendiri rasanya. Tapi nama pun bujang. Memang main campak - campak asalkan sedap dan boleh masuk perut.
Selalu kalau bujang - bujang macam ini, makan nasi dengan telur pun dah rasa nikmat yang sangat indah, inikan pula apabila kalau masak luar biasa. Lagi nikmat betul tak ?
Kawasan rumah ini, jalan kaki sahaja dah ada mamak, sushi mentai, kfc dan sebagainya. Tetapi mengenangkan tingkat pun 17, tak rasa saya rajin nak turun dan tunggu lift. Haha. #pemalas.
Hari pertama duduk di rumah sewa tidak silap malam tu makan maggie sahaja. Esoknya terus masak nasi goreng tomyam. Kita campak campak sahaja bahan apa yang ada kacau - kacau terus sedap (Yakin betul).
Dekat rumah ini, meja makan dah jadi meja belajar. Jadinya kami makan ala - ala jepun sedikit. Atas lantai.
Makan tengah hari pada hari esok tu, saya masak pula butter chicken. Setelah sekian lama tidak memasak, rasa kekok juga nak masak butter chicken ini. Risau juga jika tak sedap. Tetapi alhmdulillah kawan - kawan kata sedap (ke mereka nak sedapkan hati saya sahaja? )
12 Ulasan
masak orang bujang la sedap, simple dan yang penting kenyang..hhaha
BalasPadamOkay betul. Tekak saya sekarang memang simple begini
PadamBila duk membujang ni, memang auto rajin dan auto kreatif bab masak. 😂
BalasPadamHaha bab rajin tu belum lagi sampai. kekadang macam malas makan. Kreatif tu not bad lah
PadamMasakan orang bujang campak campak pun sedap jugak Nadia. Hidup bujang ni bersyukur sangat kalau ada makanan. Nak turun tingkat 17 tu kalau saya pun malas. baik masak je apa yang ada.
BalasPadamSaya selalu salahkan tingkat 17 ni punca saya pemalas
PadamHahaha..tak pasal pasal tingkat 17 dipersalahkan :D
Padamsedap tak sedap belakang kira..yg penting rajin dan kenyang.
BalasPadambutter chicken tu nampak cili tergolek2 tu kira sedaplah tu
Nasi goreng tomyam sedap tu
BalasPadamMcm akak la bujang
Selalu masak nasi goreng
Dah favorite nasi goreng
Pergi kedai makan pun order nasi goreng
Asal kenyang kan
wow sedap2 manu bujang pun..
BalasPadamyg simple tula sbenarnya sedap… berselera busyra tngok
BalasPadamNampak simple tp sedap.. zaman study dulu masak mcm ni dh kenyang 1 hari
BalasPadamSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.