Pengaruh Hometown Cha-Cha-Cha | Beli gula - gula kopiko tablet

 

Penangan tengok kdrama, selain tertarik dengan semua makanan yang mereka makan dalam drama tersebut. Gula kopiko begini pun telah menggoda saya.

Kdrama kalau promosikan barang nampak smooth sahaja, just bawa kemana - mana makan setiap pagi dah pun menggoda orang seperti saya ini.

Siapa tidak pernah makan gula kopiko ini? Rasanya zaman saya kanak - kanak, gula kopiko ini lah yang menjadi kegilaan ramai. Baru saya sedar, saya makan gula ini sejak zaman kanak - kanak. Dulu tidak mempunyai ilmu betapa bahayanya caffein, main makan sahaja.

Bagi yang kanak - kanak jangan telan selalu okay?. 

Packaging gula - gula ini dari luar pun dah rasa sangat cantik, rasa sayang betul nak bukak, kalau boleh nak biar sahaja begitu sebagai perhiasan. Tetapi duit dah melayang, rugi lah kalau tak makan gula kopiko yang sedap ni kan?

Packagingnya amat memudahkan sebenarnya. Sebab kalau nak bawa banyak, tak perlulah nak kena ada poket khas letak banyak - banyak gula kopiko. Bawa sahaja satu papan ni, mudah kerja, takkan ada tercicir tetiba tak jumpa dalam beg.

Rasa? Masih sama. Rasa aroma kopiko yang sedap gitu.

KOPIKO

Kopiko adalah produk gula-gula kopi jenama Indonesia yang asalnya dihasilkan di Indonesia oleh Mayora Indah. Ini dinamai sempena biji kopi kōpiko, yang terdapat di Hawaii. Kopiko Coffee Candy kini terdapat di lebih 80 negara di seluruh dunia.

Perkara yang menarik ialah, kopiko ini adalah berasal dari indonesia. Kaya betul tau negara korea yang tolong promote ni.

Kopiko tablet ini boleh dapatkan di shopee dengan harga RM 1.49 satu papan --> https://shp.ee/z5sye8b

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. sedap, saya suka versi air kopi berbanding gula2 :)
    ps: Buku dah sampai?

    BalasPadam
  2. Lama dah tak merasa produk kopiko.

    BalasPadam
  3. Betul betul terpengaruh ni. Entah bila last makan gula gula kopiko ni. Zaman sekolah kot rasanya. Mujur tak tengok cerita tu, kalau tidak, terpengaruh sama. Hihi...

    BalasPadam
  4. banyak dah kdrama yg promosi kopiko ni..mula dgn Viscenzo, dlm Yumi's Cell pun ada..

    BalasPadam
  5. Lama xmkn kopiko.. sedap kan. Perasan jugak kdrama ni tp xada masa lg nk tgk

    BalasPadam
  6. oo kopiko dari indon ye.. ingat malaysia.. makan niboleh ilang rasa mengantuk tau

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.