Dalam episode 6 ini, scene credit telah memberi beberapa fakta mengenai Sindrom Muchausen.
Sindrom Muchausen adalah sindrom yang rare wujud dalam sesuatu masyarakat. Biasanya dalam 1000 orang hanya 0.5% mempunyai Sindrom Muchausen.
Sindrom Muchausen ini boleh kita lihat apabila, terdapat issue penderaan kanak - kanak, terdapat cerita yang direka - reka, mendapat sesuatu/ganjaran daripada cerita yang direka dan tiada penyakit lain seperti ini. Sindrom Muchausen is Sindrom Muchausen,
Disebabkan penyakit rare inilah kita mungkin tak sedar kewujudan penyakit seperti ini dalam kalangan masyarakat kita.
-----
Bagi siapa yang tengok cerita ini atau tengok mana mana trailer cerita ini. Ada satu benda yang saya tak dapat kenal pasti. Kenapa dan mengapa Esra bersikap kurang ajar ? Mesti ada silap yang menyebabkan dia bersikap begitu. Sampai sekarang saya tak tahu nak detect dekat mana kesilapan yang menyebabkan Esra menjadi begitu agresif dan kurang ajar.
EPISOD 6: SALT [SPOILER ALERT]
Ummi Syafiq meminta Syafiq untuk membeli susu tepung dan botol susu. Namun Syafiq bertegas bahawa duit yang ada padanya hanya cukup untuk membeli lampin sahaja. Syafiq juga menyatakan kefahamannya bahawa membesarkan anak memang memerlukan duit. Sue yang mendengarnya terasa sentap, kerana dia sedar kandungan dalam perut dia juga memerlukan banyak wang apabila dilahirkan.
Syafiq yang buntu berjumpa kembali doktor yang dia jumpa untuk check kesihatan adiknya, Sue yang bengkak kaki dan menanyakan untuk proses keguguran. Disebabkan kandungan Sue telahpun masuk 8 bulan, kandungan tersebut tidak boleh digugurkan. Doktor tersebut menyarankan agar adiknya melahirkan anak tersebut dan beri pada keluarga yang memerlukan anak.
Dr Norman bersetuju untuk bertemu dengan Dr Nini untuk berbicara mengenai Khay. Dr Norman tidak percaya bahawa yang Erma yang merupakan influencer bertaraf artis mahu membunuh anaknya sendiri. Tidak logik bagi Dr. Norman untuk Erma melakukan hal seperti itu.
Dr. Nini akui perkara tersebut tidak logik. Namun begitu dia bercerita mengenai 3 tahun lepas mengenai Erma ada bawa Khay berjumpa dengan nya dan meminta Dr Nini tebuk dada anaknya dan memasang Chemoport. Dr Nini seorang Dr yang sangat tegas. Walaupun dapat surat rujukan kesihatan daripada Dr Chong katanya, Dr Nini tetap bertegas sebelum memulakan pembedahan, Khay perlu menjalankan ujian kesihatan terlebih dahulu.
Erma apalagi memang mengamuk lah apabila Dr Nini tidak mahu mendengar kata - katanya dan mengambil keputusan untuk pergi ke klinik lain. Khay ketika itu berasa terkejut apabila mengetahui dadanya bakal ditebuk.
Selang beberapa hari kemudian, Dr Nini melihat Erma post tentang Khay telah ditebuk dada dan memakai chemoport. Dr Nini geram betul sebab doktor mana yang tetipu dengaan helah Erma ini.
Dr Nini juga cuba mencari siapakah Dr Chong, ternyata Dr Chong tersebut tidak wujud pun dekat hospital kerajaan yang diperkataka oleh Erma.
Dr. Norman akui kecuaian dia yang terlepas pandang prosedure sepatutnya. Dr Nini menerangkan bahawa Erma adalah pesakit Sindrom Muchausen.
Disebabkan Dr Nini ingin menyelamat Khay daripada Erma, Dr Nini telah mengambil keputusan untuk mengupah penyiasat, Encik Haris.
Episod 6 kali ini, Khay, Syafiq dan Esra bertemu di rumah Khay. Esra yang mula rasa sunyi disebabkan Eddie (daddynya) tidak layan dia. Mula mengajak untuk bertemu. Mereka bersetuju untuk bertemu di rumah Khay memandangkan Khay tidak boleh kemana - mana.
Sewaktu sampai di rumah Khay, Esra dan Syafiq terkejut selepas melihat Khay boleh berjalan kaki. Di rumah Khay mereka telah bercerita tentang masalah mereka dan mereka gelarkan mereka ini group I-Tanggang.
Khay akhirnya menunjukkan satu bilik yang selalu menjadi tempat dia membuat kemo. Khay syak bahawa mak dia telah menipu dia. Syafiq terjumpa garam yang banyak lalu Esra telah siasat kesan - kesan air garam dan antaranya ialah membawa kematian.
Syafiq mengajak Khay membuat laporan polis, tetapi Khay bertegas tidak mahu kerana tidak mahu ibunya dimasukkan dalam penjara. Oleh itu, Syafiq mengajak dia lari daripada rumah pergi ke rumah ayah mereka,
Esra sangat tegas dan memaksa Khay kerana jika Khay tidak lari, dia akan mati.
Persoalannya, dapatkah Khay lari?
18 Ulasan
cita ni la yg Iris selalu cita tu....ooooo...
BalasPadamCerita ini memang menarik perhatian ramai orang lah sebenarnya
Padamnak tengok tapi takut terbawa-bawa emosi
BalasPadamMemang emosii betul cerita ini. Tetapi banyak ilmu yang dipelajari
PadamDah sampai episod 6 masih belum tengok lagi Nadia. Tak tahu lah bila nak tengok ni. Huhu...
BalasPadamSaya masih tengok..Geram dengan Esra, sampai tumbuk mak dia tu..adeh
BalasPadamAkak tak tgk lg drama ni
BalasPadamTerlepas drama la pula
viral rupanya ceta ni sekarang... bbrp blogger dh review... itulah akibatnya lama x blogwalking so br tau pasal cerita ni
BalasPadamThanks for your sharing...
BalasPadamMenarik juga. first time mama dgr Sindrom Muchausen
BalasPadamplease buat review per episod macamni tau . sebab nak tengok selalu tak sempat huhu
BalasPadamBanyak rupanya penyakit syndrome ni.. masih belum tgk
BalasPadamhttp://www.mamapipie.com/2021/12/20-top-commentor-tahun-2021-blog.html
BalasPadamThis is the first time i get knowledge about the syndrome of Muchausen! Actually this issue is big problem of whole world. Thanks for the sharing. Happy weekend.
BalasPadameh sofea jane ke tu.. lama x melayan drama. tak tahu dh drama apa yg tgh main. bila ada review ni leh tau la jalan citernya
BalasPadamBetul Sofea Jane. Lama kan tak nampak dia berlakon.
Padamsindrom muchausen nk sebut pon payah.. huhuhu
BalasPadamThanks for your sharing...
BalasPadamSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.