Alhamduillah dapat Juga Rumah Sewa

 

Minggu lepas memang barai betul. Kehulur kehilir dari Banting ke KL untuk melihat rumah sewa area KL. Susah sebenarnya nak dapatkan rumah sewa yang tawarkan sewa untuk 6 bulan. Dah lah visit 5 rumah, tetiba 4 rumah taknak bagi 6 bulan. Tinggal satu rumah sahaja. Allahu, memang kecewa betul hati saya bila kena macam ni.

Ini adalah kali kedua saya handle untuk mencari rumah sewa. Dulu okay sahaja takdelah pressure macam ni, tapi kali ini yaAllah pressure betul. Pressure dan sangat susah. Satu rumah dah okay, tetiba owner tak jadi nak bagi 6 bulan. Wahai owner sekalian, kenapa mahu bagi saya fake hope. Awak ingat senang saya ulang alik dari Banting untuk tengok rumah.

Saya ada guna speedhome, speedhome bagi choice seawal 3 bulan. Tiba - tiba owner sebenarnya tak tawarkan pun serendah 3 bulan. Like speedhome awak scammer ke eh? sakit hati saya, speedhome patut jelaskan pada pihak owner concept app mereka. Ramai owner end up bagi fake hope, padahal before kita bersetuju untuk datang site visit kita dah isi details dah. Tetapi tiba - tiba sampai site visit cakap taknak terima. Pedih hati saya. Speedhome tolong ambil tindakan dengan perkara seperti ini.

Dapat rumah ini, tidak lah secantik mana. Tetapi boleh cantik lepas kalau saya dah sental betul betul ke. Rumah tu nampak usang sebab perabut dia pun ada yang reput. Owner tak jaga betul - betul ke eh? Banyak betul benda rosak. Owner ni pun satu, rumah tu jaga sahaja elok - elok, apa susah kan? Dah kalau banyak rumah ni, mesti kaya. Bayar lah orang cuci sebulan sekali pun okay, Ini tak dia biar je hancur macam apa dah rumah ni. eee geram hati saya ini.

Sekarang ini tengah nak proceed dengan internet pula. Masalah internet ni satu je, TIME pula ada maintanance. Lama pula  tu dia maintanance. Kita ni dah lah memang perlukan internet dia pulak k.o waktu waktu genting ini. Proses last minute ini memang susah. 

Post kali ini betul - betul luahan hati. Saya harap ada perancangan terbaik dari pihak Universiti Malaya untuk memastikan setiap student dapat kolej. Ada sesetengah orang berpendapat Universiti Malaya punya sistem sebenarnya nak pastikan kita hidup aktif. Orang aktif memang layak dapat kolej. Saya rasa sistem ini sudah tidak relevan. Belajar bukan sesuatu yang murah lagi. Kos belajar sahaja dah mahal, kalau menyewa mahal lagi. Belum lagi kalau tambah dia aktif student, tetapi kolej punya quota tak cukup untuk dia. Jadi apa guna jadi aktif student kalau aktif pun belum jamin untuk dapat.

Semoga 6 bulan akan datang baik - baik sahaja di rumah <3

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Lambat nak suggest Nadia cuba sewa kat pandu puteri. Kat situ sewa bilik la.. Kalau area UM situ yang ok. Mcm duk hostel tapi tak de la ketat macam hostel cuma ada peraturan dia. Kat situ mostly orang kerja dan student UM.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baru tahu ada kewujudan pandu puteri ni. Tak pernah famousss punnn

      Padam
  2. moga semuanya dipermudahkan..amiin.

    BalasPadam
  3. sama jugak lah dengan uitm pun, kena aktif dengan kesatria dapat la stay hostel. Tapi kesian tengok kawan2 yang join, ramai yang penat. Mana nak study lagi, nak kena aktif kesatria lagi. Be strong ye nadia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, saya jujurnya sebelum covid melanda memang aktif, Setiap malam memang ada je meeting dan event saya handle. huhu, tapi tulah end up mcm mcm berlaku

      Padam
  4. Ammi dulu kat ITM sem 3 dah kena keluar.. Sbb tak pernah nak Aktif. Ehhhh weekend kita nak balik jumpa bapak kita lah.

    BalasPadam
  5. Stress rasa kalau nak cari rumah sewa ni kan. Lagi lagi tengah belajar nak duduk kejap je. Saya setuju kalau pihak U sediakan kemudahan penginapan sampai habis belajar. Kadang tu first sem merasa duduk kolej. kalau tak aktif babai kena duduk luar. Dulu rajin jugak aktif, lepas tu bila dah ramai intake kena juga tendang keluar sem akhir akhir tu. Bertabahlah cari rumah sewa. Sabar je lah kan dah hujung hujung sem ni harap habis cepat.

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.