Review: Korea Hand Cream by Lalafranc

 

Anyeong haseyo semua!

Baru-baru ni, Nadia dapat produk khas yang terbang daripada korea iaitu lalafranc Cozy Mood Hand Cream 30ml. Sangat teruja waktu apabila abang kurier sampai depan rumah dan menghantar produk hebat ini. Postage waktu tu tidak terlalu lama, produk ni sampai ke rumah dalam masa durasi seminggu begitu (tapi sekarang kan PKP 4.0 [ 1 Jun - 14 Jun 2021], mungkin proses penghantaran agak lama seperti sebelum ini). 

PACKAGING MENARIK

Nadia kagum dengan teknik barang ni dibungkus sebab kotak langsung tak rosak, kotak sangatlah sempurna. Nadia suka sangat kotak dia, kotak dia biasa-biasa sahaja macam mana-mana produk kecantikkan dekat drugstore yang kita biasa nampak. Yang Nadia suka ialah sebab kotaknya berwana putih dan ada struktur timbul untuk jenama 'lalafranc' ni. Boleh tengok gambar bawah untuk memahami apa yang Nadia katakan.


Nampak kan? struktur timbul dekat kotak ni. hehe

Selain itu, packaging size sangat handy. Maksudnya sesuai lah kalau kita nak letak dalam beg bila pergi jalan-jalan. Kalau nanti dah boleh travel pun tak rasa beban pun nak bawa hand cream ni. Macam Nadia sekarang ni Open and Distance Learning (ODL), kita letak  hand cream ni dengan dekstop dan laptop kita. Bila nak start belajar je boleh terus pakai!!!


BAU HARUM DAN MELEMBABKAN KULIT

 
Hand Cream lalafranc ada 3 bau iaitu Undefined, Eau Nerolia dan Cozy Mood. Yang ada pada Nadia adalah edisi Cozy Mood. Nadia ambil Cozy Mood ni sebab description menggambarkan bagaimana bau ni sebenarnya boleh buat kita rasa suasana tenang. Bau pun mempengaruhi minda kita okay.


Scented with Cozy Mood, lalafranc's gender-neutral woody perfume that is reminiscent of slow, leisurely afternoons spent inside a cafe



Scented with Eau Nerolia, lalafranc's refreshing fragrance for men and women



Scented with lalafranc's signature unisex perfume, Undefined to leave your hands with a soft and chic scent that will keep you inspired throughout the day.
 

Lagi satu, bau dia tahan lama dekat kulit kita. Bayangkan Nadia pakai sejak pukul 10 pagi dah pukul 6 pun kalau bau tangan tu, Ya Allah wangi lagi. Nadia dah basuh pinggan, dah makan macam macam makanan (makan pakai tangan okay), bau masih kekal. Kalau minyak wangi Nadia ok.

Bahan-bahan dalam produk


lalafranc's claim produk ini adalah paraben-free dan anti-aging! Kiranya selamat produk ini untuk dipakai sebab paraben-free. Dan kalau korang nak tahu, kalau kita nak elak kedutan-kedutan di kulit kita ni, kena lah apply produk anti-aging, baru boleh dapat tangan yang kelihatan muda gitu. 


Akhir sekali, tekstur dia walaupun nampak heavy cream tapi sangat cepat meresap. Nadia sapu je dia meresap dan paling best tak rasa melekit. Bila lepas sapu tu boleh terus buat kerja tak perlu nak usap lama lama sampai hilang rasa melekit tu. Nadia fall in love sangat-sangat <3

Adakah Nadia akan purchase sekali lagi ? Jawapannya Ya sebab sangat berbaloi. Dan investment yang berbaloi juga untuk kelembapan tangan kita lagi lagi sejenis yang dry skin tu,

Pada mereka yang nak purchase boleh purchase produk ni di https://linktr.ee/lalafranc.global
Boleh juga tonton video youtube hand cream by lalafranc
 

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. packaging dia simple but nice kan.. banyak product korea camtu hehe

    BalasPadam
  2. good post 😊 would you like to follow each other? if the answer is yes, please follow me on my blog & i'll follow you back. https://camdandusler.blogspot.com

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.