Journal: FYP-DevLog 001-004 Part 2

 

Dah minggu ke-sembilan dah dalam peperangan menyelesaikan FYP ni. Terasa betapa susahnya juga ye perjalanan nak menjadi Software Engineering.

Pertama sekali sebenarnya Nadia bersyukur dapat buat project bersama Cinta Syria Malaysia. Terkenang zaman-zaman intern (bunyi macam dah lama padahal sem lepas intern), dimana berinteraksi dengan client, menulis email mengenai system, belajar deploy ke server. Semuanya terasa mengimbas kembali zaman intern

Okay tamat bahagian mengimbas kenangan lama ceh.

Sekarang ni Nadia nak berkongsi Tools apa yang Nadia guna untuk FYP ni. Nadia mengambil keputusan untuk gunakan React Js sebagai  Frontend dan Laravel sebagai Backend. React Js ni sebab waktu intern Nadia guna React Js. Jadi macam sayang kalau tak teruskan explore sepanjang buat FYP ni. Tapi berani jugalah React Js ni antara framework yang dikatakan susah untuk dipelajari. Patutnya beginner macam kita ni cuba dahulu framework Vue. Untuk Laravel pula sebab Nadia rasa dia apply MVC paling bagus (Yakin betul). Tapi serius Nadia rasa macam wow gak juga dengan Laravel. Berbanding waktu intern dulu. Intern dulu Nadia menggunakan C#, waktu tu ada satu project menggunakan React js + C# Asp.net . Fuh susah gak ah bahagian back end tu. Tetapi bila guna Laravel ni. Cuba migrate macam, eh bapak ah. POWER GILA! (*disclaimer: Ini adalah ekspresi seorang beginner).

 

BTW, Ada kekawan blogger Nadia di sini aliran sama dengan Nadia ??


Catat Ulasan

1 Ulasan

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.