Photo by Daria Shevtsova from Pexels |
Sejak ada banyak kenduri ini, try baju kurung yang ada (setelah dua tahun tak beli baju kurung), rata - rata baju kurung dah terasa ketatnya. Ini memang obvious lah yang saya memang dah melebar. Nak taknak memang kena kecilkan diri ini semula. Bukan taknak beli baju baru. Tapi kita taknak normalkan overweight ni sebenarnya. Nak sihat, nak selesa pergi mana - mana jadi kena lah turunkan berat badan.
Benda paling susah ialah nak buat makanan apa untuk kita amalkan (*mari kita mindset kan diet ini sebenarnya permulaan kita nak belajar untuk makan gaya hidup sihat*). Benda pertama yang saya fikir apabila diet ini sebenarnya nak gantikan breakfast dengan benda mudah untuk buat. Kadang - kadang nak masak telur pun dah malas.
Dengan kemalasan saya ini, saya berjaya temukan Healthy Dry Overnight Oat (*boleh tekan link untuk beli).
Orang yang dapat idea untuk buat benda macam ini bijak sebenarnya. Daripada kita duk membeli satu - satu bahan. Terus ni dah combine semua 7 bahan iaitu:
- Australian Rolled Oats
- Chia Seeds
- Flax Seeds
- Pumpkin Seeds
- Sunflower seeds
- Gold Raisins
- Almonds
Disebabkan kita nak feeling - feeling juga minum, kita beli sekali Healthy Dry Overnight Oat including Glass. HAHAHA. Baru lah excited kan nak minum? hehehe.
Next post saya akan share resepi sesuai dengan out, InsyaAllah.
4 Ulasan
Ada jugak try baju kurung lama. Dah mengetat jugak. Betul betul, jangan normalkan overweight. Risau saiz bertukar besar lagi. Baguslah jaga pemakanan lepas ni. Menarik siap beli glass tu. Barulah semangat nak prepare overnight tu kan.
BalasPadamYesss! Normalkan overweight adalah tak bagus lagi - lagi sebenarnya memberi kesan yang besar terhadap kesihatan kita. Tu betul, beli glass supaya semangat nak breakfast macam ini setiap hari haha
Padampernah jugak nak try diet, tapi kelaut sebab nasi is must. boleh depress tak makan nasi. haha. tapi lama2 saya buat workout je. makan just ambil portion yang sikit. hehe
BalasPadamPaling penting sebenarnya jaga portion makanan. Dan tahu nak elak makanan apa. Lagi lagi minuman manis
PadamSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.