Memaparkan catatan dengan label movie. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label movie. Papar semua catatan

MOVIE: SILENCED

 

 
DURATION:  2 hours and 5 minutes
DIRECTOR: Hwang Dong-Hyuk
ADAPTED FROM: The Crucible
Haloooo, dah lama tak berkongsi mengenai movie! Kalini nak berkongsi mengenai cerita SILENCED yang dibintangi oleh oppa Gong Yoo dan membawa watak sebagai Kang-In-ho.
 
Sipnosis:
Silenced merupakan cerita mengenai kisah sebenar mengenai sexual abuse di sekolah untuk orang pekak dan bisu di Gwangju Inhwa School. Cerita ini mengisahkan bagaimana diorang mangsa-mangsa ini mempertahankan dan mendapatkan hak manusia yang patut diorang dapatkan

Waktu pertama Nadia tengok cerita ni, Nadia tak sangka ada juga real case macam ni dan ia berlaku di sekolah. Dan cuba bayangkan sekolah merupakan tempat selamat untuk kita pergi menuntut ilmu dan tapi dalam cerita ini sekolah bukan tempat selamat. Cerita ni yang uniknya ialah ia mampu buat kita semua untuk pelajari bahasa isyarat. Dia macam buat kita fikir kalau kita belajar bahasa isyarat mesti kita boleh bergaul dengan orang macam lebih senang kan, sebab bahasa komunikasi yang sama. Dalam cerita ni juga, bagi Nadia penyampaian betapa sengsara nya pelajar dekat sekolah ni memang terkesan bebetul lah, Memang sampai lah betapa sedihnya hidup diorang yang masih budak-budak yang patutnya hidup diorg bahagia tanpa masalah atau rintangan mahupun cabaran yang memuramkan kehidupan diorang. Cerita ni sangat menyakitkan hati juga sebab dia macam "KENAPA KO NAK SEXUAL ABUSE BEBUDAK NI WOII".
 
Nadia bagi cerita ni 4.5/5, sebab cerita ni bagi pengajaran yang banyak dan juga penyampaian emosi tu sangat menjadi.Korang boleh rasa kesedihan dan kesakitan mangsa mangsa sexual ni semua. Kalau korang jenis suka real case, Nadia memang cadangkan  korang untuk tengok cerita ni. Last sekali sebab cerita ni dibitangi oleh GONG YOO! dan kenapa kurang 0.5 ialah sebab Nadia rasa awal awal tu agak slow cerita ni nak sampai ke tujuan ceritanya tu.

Selamat Menonton



Filem : Kuliah Cinta



Tajuk           :  Kuliah Cinta
Durasi         : 105 mins
Pelakon       : Erra Fazira, Yusry KRU, Saiful Apek
Pengarah      : Prof. Madoya A. Razak Mohaideen
Penerbit       : David Teo

Hi dan Assalamualaikum,

Rasa macam dah tua sangat bila layan filem lama-lama ni kan. Nadia dah lama sangat tak tengok filem lama yang dilakonkan oleh insan yang sangat hebat Yusry KRU dan Erra Fazira. Apa yang menyebabkan Nadia terfikir nak tengok balik adalah disebabkan tweet sorang hamba Allah ni yang sangat kagum dan ‘ship’ hubungan Yusry KRU dan Erra Fazira dan mengharapkan pasangan kedua-dua ni berkahwin. Sedangkan sebenarnya, Yusry dan Erra pernah berkahwin dan menjadi pasangan suami isteri. Tetapi ini adalah kisah lama mereka berdua. Mereka berdua juga sekarang kini lebih Bahagia dengan kehidupan baru masing-masing, InsyaAllah. Amin.

Baiklah, penulisan blog kali ini bukan nak cerita mengenai Yusry dan Erra. Tapi sebelum Nadia panjangkan cerita mungkin boleh baca dulu sinopsis

Sinopsis:
Kuliah Cinta ini mengisahkan seorang pelajar perempuan yang bernama Johana (Erra Fazira) dan Faramy (Yusry KRU). Mereka berdua ini adalah sahabat baik dan biasalah seperti yang kita ketahui dua insan yang lain jantina mustahil kalau salah satu menyukai salah satu. Dalam kes cerita ni, kita boleh nampak yang Johana tu suka Faramy tanpa disedari gitu. Jadi sekiranya berminat nak tahu kisah cinta ni jadi ke tak, boleh download app Iflix dan selamat menonton.

p/s: Kalau korang berminat nak throwback balik zaman dulu-dulu ala ala nak kenang tengok pelakon pelakon kita zaman muda, Nadia recommend sangat-sangat. Sebab Nadia tengok sebab nak kenang balik zaman muda meraka (eceh). Tetapi kalau nak tengok sebab tak pernah tengok, boleh tengok tapi dengan risk sendiri lah sebab Nadia rasa kalau korang more kepada filem melayu sekarang, filem sekarang lagi banyak conflict lah berbanding filem melayu kuliah cinta ni [In case korang lebih suka conflict yang macam wow-wow gitu] , tetapi bagi Nadia cerita ni sangat famous pada zaman diterbitkan, boleh ceritakan ini adalah kegemaran orang ramai ketika zaman itu lagi-lagi dibintangi oleh orang-orang yang hebat.
Seterusnya Nadia nak cerita apa perasaan Nadia (ceh) bila tengok cerita ni, bukan perasaan lah dia lebih kepada perkara apa yang Nadia terlintas dalam cerita ni. Dan more kepada cerita yang lebih detail. In case tak pernah tengok dan nak tengok Nadia sarangkan korang skip (kalau tak suka spoiler atau tahu dulu baru tengok ke kan, pergilah tengok lepastu datang balik kat posting ni ok, hehe. Pada yang tak kisah atau dah tengok jom lah kita throwback balik).

Baiklah apa yang Nadia nak kongsikan kali ini ialah, selepas beberapa jam Nadia tengok cerita kuliah cinta ni, Nadia terus terkenang cerita hindutan iaitu Kuch Kuch Hota Hai. Nadia fikirkan Yusry adalah Shah Rukh Khan dan Erra Fazira adalah Kajol. Eceh. Makna kata kita letak sajelah Ayu tu sebagai Rani Mukerji (walaupun sebenarnya watak ayu dan Tina dalam cerita Kuch-Kuch Hota Hai adalah sangat berbeza). Apa yang menyebabkan Nadia terlintas adalah sebab jalan cerita dia lebih kurang di mana walaupun Faramy(Yusry) berasa jatuh cinta pada ayu awal awal cerita, akan tetapi pada akhir cerita  sebenarnya Faramy jatuh cinta pada Johana(Erra). Begitu juga dengan cerita Kuch Kuch Ho Ta Hai. Pengakhirannya Kajol dapat juga cinta dia iaitu Shah Rukh Khan. Tetapi ada elemen berbeza, dalam cerita kuliah cinta Faramy tak berkahwin dengan Ayu, dan kononya suka pada ayu itu adalah satu kesalahan sebenarnya cinta dia adalah pada Johana. Manakala dalam cerita Kuch Kuch Ho Ta Hai ni Shah Rukh Khan tidak buat kesalahan pun apabila jatuh cinta dengan Rani Mukerji sebab mereka bahagia je ada anak. Cuma elemen terlintas sama sebab Shah Rukh Khan datang pada Kajol, gitu.

Kedua, bila tengok pemakaian Johana dalam filem Kuliah Cinta ni dia macam ala ala Kajol yang tomboy dalam Kuch-Kuch Ho Ta Hai. Dan Johana kawan baik Faramy. Kajol kawan baik Shah rukh Khan.

Kuch Kuch Ho Ta Hai

Kuliah Cinta

Akhir sekali, sebab ending kuliah cinta. Ketika Faramy cakap I love you tu aura dia macam Shah Rukh Khan cakap I Love you, dia punya sebutan tu dengan situasi kereta api lagi dekat situ. Feel dia mengenangkan Shah Rukh Khan cakap I love you.

Apa-apa pun, Nadia bukan mahu samakan kedua – dua filem ini. Kedua-duanya adalah berbeza cuma Nadia mungkin rindu Hindustan sangat jadi dia terkenang-kenang.

Korang pernah tengok Kuliah Cinta ??