Memaparkan catatan dengan label drama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label drama. Papar semua catatan

Review: Drama Jodoh-Jodoh Annisa

Review: Drama Jodoh-Jodoh Annisa

Tajuk: Jodoh-Jodoh Annisa.

Jumlah Episod: 100.

Pengarah: Mohamad Riza Baharuddin.

Pelakon: Izara Aishah, Dato'Aaron Aziz, Dato' Fizz Fairuz, Amar Bahrin dan lain-lain.

Tahun Terbitan: 2019

Sinopsis:

Mengisahkan tentang Annisa yang mencari jodohnya yang terdiri daripada lima lelaki di dalam poster tersebut. Namun dalam Annisa mencari jodohnya, banyak liku-liku yang Annisa tempuhi sehingga dia menemui jodohnya.

Drama yang berjumlah 100 episod ini sangat menarik untuk ditonton. Walaupun secara jujur, pendapat peribadi saya menyatakan tajuk drama ini agak tidak sesuai dengan jalan cerita drama ini. Tapi saya faham takkan lah kita nak letak tajuk "Kisah Kehidupan Annisa yang Berliku", dah tak "catchy" dan terlalu panjang.

Fokus post kali ini saya mahu memberitahu kepada para pembaca sebab-sebab anda perlu menonton drama Jodoh-Jodoh Annisa ini.

Banyak faktor yang menarik dalam drama ini yang membuatkan saya sendiri tidak boleh move on sehingga sekarang. Malah, selepas tamat 100 episod, saya sendiri asyik terkenang drama ini sebelum tidur. Hebatkan drama ini ?

1. Jalan Cerita

Drama ini jalan ceritanya penuh dengan plot twist. Dah nama pun 100 episod, jadi elemen plot twist amat penting untuk memastikan cerita ini sesuai untuk dilaksanakan sebanyak 100 episod. Plot twist  dalam cerita ini adalah pelbagai, ia merangkumi hal-hal kekeluargaan, hal percintaan dan juga hal-hal pekerjaan terutama dalam bisnes. Selain itu, jalan cerita dalam drama ini sedikit banyak dia tidak terlalu mengarut atau sesuatu yang terlalu mustahil untuk berlaku.

Perkara yang menarik dalam drama ini adalah mereka mengetengahkan konsep pekerjaan haram ataupun dalam cerita ini lebih dikenalkan sebagai "underbelly", mafia, gengster, penjualan organ, penyeludupan dadah dan seangkatan dengannya.

2. Perwatakan

Perwatakan yang paling berkesan dalam cerita ini adalah "penyayang". Kasih sayang atara sahabat, kasih sayang antara keluarga dan juga kasih sayang percintaan dalam drama ini sangat power

Sehinggakan saya sendiri dapat rasa perasaan sayang yang dilakonkan oleh setiap pelakon dalam drama ini. Gembiranya mereka apabila keluarga itu bahagia dan sedihnya apabila berlaku kehilangan semuanya dapat dirasa dalam drama ini. Bila masuk sahaja bahagian sedih, memang saya turut menangis sekali :(.

Perwatakan kedua ialah sifat keperempuanan dalam drama ini. Bagi pendapat saya, hebatnya penulis skrip ini memastikan setiap wanita yang ada dalam drama ni ada sifat natural yang setiap wanita miliki. Sebagai contoh, hebat mana pun seseorang perempuan itu, kalau ada sesuatu perkara yang menyentuh emosi mereka, terus boleh jadi singa, atau membuat keputusan melulu tanpa berfikir terlebih dahulu. Apabila wujundnya perwatakan begini, ia membuatkan para penonton ini rasa bersama. Makna kata lain, kita akan lebih mendalami drama ini. Selain itu, yang menariknya adalah perwatakan ini ada pada setiap pelakon perempuan, tidak kira umur berapa pun, dan walaupun hanyalah pelakon tambahan masih juga ada sifat ini.

3. Pengajaran

Banyak pengajaran yang kita boleh dapat melalui drama ini. Salah satunya, perasaan tamak sebenarnya boleh membunuh segala perkara, Boleh menghancurkan hubungan yang harmoni. Boleh menyebabkan kehilangan banyak perkara. Dalam drama ini, kita boleh lihat bagaimana sifat tamak itu sebenarnya boleh meragut segalanya yang lebih bermakna dalam hidup kata. Kita mungkin dapat wang dan harta, tetapi kita mungkin akan kehilangan keluarga yang lebih berharga.

Selain itu, orang-orang yang terlibat dengan underbelly ini sebenarnya berani. Tetapi keberanian mereka ini disalurkan kepada perkara yang salah. Mereka ini berani kerana penglibatan dalam underbelly sebenarnya mempunyai risiko yang tinggi dengan pulangan yang tinggi. Konsep dia macam investment. "High risk, high return. Low risk, low return". Orang yang libatkan diri dalam agenda ini berani mahu menanggung banyak risiko. Kata orang apabila kita masuk dalam dunia gelap, mungkin sukar untuk kita keluar dari dunia tersebut. Apa-apa pun kita minta dijauhkan diri daripada dunia-dunia seperti ini.

4. Para Pelakon

Para pelakon dalam cerita ini kesemuanya adalah hebat-hebat dan bukan calang-calang. Kita ada Izara Aishah, Aaron Aziz, Amar Baharin, Shah Iskandar, Fizz Fairuz, Rosnah Johari, Adam Corrie dan sebagainya. Boleh rujuk : Jodoh-Jodoh Annisa - Wikipedia.

5. Muzik Latar Belakang

Pemilihan muzik latar belakang dalam cerita ini sangat  memberi sentuhan dan kesan buat para penonton. Terutama sekali, apabila berlakunya bahagian sedih dalam cerita ini. Jadi apabila lagu untuk babak sedih ini dipasang, secara tidak langsung mengalir air mata saya. 

Oleh itu,  "Adi Priyo - Aku Cinta Mati" telah menjadi lagu kegemaran saya selepas menonton 100 episod drama. Malah saya menulis post ini sambil mendengar lagu AKU CINTA MATI. 

6. Pergerakkan Kamera

Ini pun menyebabkan emosi yang dibawa oleh setiap pelakon sampai ke jiwa para penonton. Lagi-lagi apabila ada beberapa pergerakkan kamera yang menunjukkan point of view seseorang terhadap seseoarang. Ketika ini kita boleh lihat perasaan seseorang itu terhadap orang yang dia sedang lihat. Kita boleh rasa betapa besarnya cinta dia terhadap orang yang di sedang lihat.

 

Pendapat Peribadi (Sesuai untuk mereka yang telah menonton) [Spoil Alert]

Pendapat peribadi yang ingin saya kongsikan adalah wira sebenar dalam drama ini. Wira sebenar dalam drama ini adalah Puan Khatijah yang dilakonkan oleh Norliza Abdullah. Mengapa saya katakan bahawa Puan Khatijah adalah wira sebenar?

Pertama, tiada siapa pun tahu gerak geri Puan Khatijah menyimpan rahsia Tuan Azhar yang dilakokan oleh Hilal Azman. Malah, orang ramai (orang yang mencari rahsia Tuan Azhar) ini tahu bahawa Puan Khatijah tahu banyak perkara di saat-saat Puan Khatijah menghembus nafas terakhir. 

Kedua, Puan Khatijah sendiri yang menyelamatkan Rykarl yang dilakonkan oleh Dato' Fizz Fairuz. Selain itu, Puan Khatijah ini sendiri juga yang tahu banyak maklumat mana Rita (Isteri Rykarl) yang dilakokan oleh Shiqin Kamal. 

Ketiga, Puan Khatijah mempunyai banyak-banyak mata yang sangat hebat. Malah, sekelip mata sahaja Puan Khatijah boleh menyuruh orang-orang beliau untuk menyembunyikan peti yang penuh rahsia yang disorok oleh Tuan Azhar ketika Tuan Azhar masih lagi hidup.

Pendapat kedua yang saya nak kongsikan adalah, bahagian paling sedih adalah ketika Annisa yang dilakonkan oleh Izara Aishah bercerai dengan Syafiq yang dilakokan oleh Shah Iskandar. Waktu masuknya babak ini, kita dapat rasakan luluhnya hati seorang wanita apabila memilih untuk bercerai sebagai jalan penyelesaian. Babak ini bertambah sedih apabila Annisa gugur dan Syafiq tidak mengetahui hal ini. Malah ibu Annisa, Puan Hayati yang dilakonkan oleh Rosnah Johati pun tidak tahu mengenai keguguran ini.

Pendapat ketiga ialah sebenarnya saya menyangka jodoh Annisa ialah Nizam yang dilakokan oleh Dato' Aaron Aziz. Tetapi malangnya, tidak. Jodoh Annisa bukan dengan Nizam tetapi dengan orang lain (sila tonton untuk tahu siapa, hehehe). Kenapa saya sangkakan Nizam? Kerana ada satu babak tu, Annisa ada berkata sesuatu yang memberi tahu dia bersetuju untuk ibunya, Puan Hayati untuk berkahwin dengan Hatta yang dilakokan oleh Shah Rezza, merupakan seorang jenayah dalam drama ini. Jadi saya menyangka Annisa akan menerima Nizam yang juga terlibat dalam jenayah underbelly ini.

KDRAMA : START UP #TeamHanJiPyeong

 

 
Calling all kdrama lover!!! Siapa dah tengok START UP ??? Angkat tangan !!!

Boleh lagi ke nak vibe drama ni ? Baiklah kalini Nadia bukan nak buat review sangat pun mengenai Drama ni. Sebab Drama ni sebenarnya agak menyakitkan hati sebab ada second lead man yang kesedihan gitu, dia jadi macam "ARGHHHHHHHHHHHHHHH" lagi-lagi yang starter kan keadaan cinta, permulaan kepada perasaan yang unik ini adalah Han Ji Pyeong (Kim Seon Ho), jadi end up rasa macam "Sakit Hati" agak kuat. Lagi-lagi kalau siapa yang tengok, ada tempoh 3 tahun bila Nam Do-San (Nam Joo-Hyuk) ada dekat Silicon Valley, orang yang ada dengan Dal-mi (Bae-Suzy) ialah Han Ji Pyeong! dan Han Ji Pyeong telah menaruh harapan selama 3 tahun tu kepada Dal-mi. Jadi dia macam , "Geng, 3 tahun tu lama geng". Basically itulah kesakitan cerita ini. Tapi ending dia puas sekurang-kurangnya Han Ji Pyeong tidak lagi merasa keseorangan sebab ending dia nice aaa nice.

Tetapi apa yang Nadia nak cerita dan nak berkongsi hari ini adalah mengenai ...... watak developer yang dibawak oleh Samsan Tech [(Nam Do-San, Kim Yon-San (Do-Wan Kim) dan Lee Chul-San (Yoo So0-Bin)] ni. Bukanlah watak, lebih kepada aura. Memandangkan, Nadia berada dalam bidang developer, lebih specific lagi memang Nadia menceburi bidang Web dan App Development. Bila tengok Samsan Tech ni buat start up, lepastu tengok diorang coding develope Noongil! OMGGG I love it!. Nadia suka gila aura tu dan membuatkan Nadia nak lebih berusaha lagi untuk develop sesuatu (dan sekarang tengah fikir nak develop apa )

Bila tengok cerita ni, Nadia rindu semua kawan kawan yang buat assignment sama-sama lepastu coding sama-sama lepastu bug je manjang, Kemudian bincang macam mana algorithm tu, lepastu ubah algorithm tu sesuai dengan apa yang kita nak laksanakan.

Rindu gila!!!!!!!!

Btw, Nadia otw akan kerja balik ke office minggu depan, Boleh tak awak semua doakan surau Vertical Business Suite, Bangsar dibuka !!! Senang lah kita yang muslim ni nak solat! Mana tahu doa korang ada yang termakbul kan! Amin!!

Review: Drama Nur Kasih


Drama     : Nur Kasih
Genre      : Drama, Romantik
Pencipta  : Mira Mustaffa
Pengarah : Kabir Bhatia
                : Faisal Ishak
Episod     : 26 ( 1 episod 40 minit (Tanpa Iklan))
Tarikh Penyiaran : 29 Mei 2009 - 27 November 2009

Hari ni nak throwback balik drama yang dulu memang mendapat sambutan 5 Juta orang penonton. Drama Nur Kasih ni ditayangkan pada tahun 2009, time tu umur Nadia baru 10 tahun so dia macam ketika itu kira macam Nadia tak menjiwai sangat lah watak watak setiap pelakon , jalan cerita pun Nadia tak berapa faham almaklumlah time tu tak berapa lagi nak faham cerita yang penuh dengan isi isi kehidupan. Jadi terdetik pulak waktu cuti sem ni nak tengok balik drama Nur Kasih ni, tak sangka air mata memang mengalir :').
 
Sinopsis: 
Drama ni secara am mengisahkan tentang kehidupan sebuah keluarga yang berlatarkan keluarga yang mengamalkan gaya hidup Islam (Yang sangat menekankan hukum hakam dalam agama Islam). Dalam drama Nur Kasih ni dia fokuskan tentang kisah dua adik beradik iaitu Adam (Remy Ishak) dan Aidil (Fizz Fairuz) serta kisah percintaan antara Adam dan Nur(Tizz Zaqyah). Adam dan Aidil ni perwatakan sangat berbeza walaupun mendapat didikan yang sama, Aidil lebih terdidik dan mengamalkan gaya hidup Islam, tak seperti Adam. Adam lebih memberontak , tidak memahami dan terpesong dalam landasan yang benar. Disebabkan ayah(Ustaz Hassan yang dibintangi oleh Jalaluddin Hassan) dia berasa tanggungjawab untuk memastikan anak anak dia ni sentiasa berada di jalan yang benar. Ustaz Hassan telah memutuskan untuk satukan Adam dan Nur. Kiranya Adam dan Nur ni bukan kahwin sebab cinta lah tapi sebab amanat Ustaz Hassan. Mulanya perkahwinan tu mulanya pelbagai rintangan dan cabaran yang dihadapi oleh keluarga itu.

Refleksi :
Bagi pendapat Nadia, kalau korang tak pernah tengok, Nadia sangat mencadangkan untuk tengok drama ni. Nadia tak pasti kalau jiwa orang orang zaman sekarang ni dia ada lagi tak jiwa jiwa yang nak layan drama drama macam ni kan. Tapi serius Nadia cakap, drama Nur Kasih ni tak rugi tengok. Penyusunan episod dia teratur. Setiap yang berlaku tu semua berkaitan. Dia takde yang macam tetiba dah dekat fasa Z sedangkan tak lalui lagi fasa X dan Y. Drama ni jalan cerita dia sangat teliti. Drama ni bagi Nadia dia memberi kesan tentang kesabaran kita hadapi semua ujian, atau tindakan kita dalam membuat keputusan. Paling Nadia ingat bila ada satu dialog ni dia kata "Takde keputusan yang salah, cuma keputusan yang kita buat tu waktunya cepat, lambat, atau tepat" (Tapi kalau keputusan tu macam melanggar undang undang atau kalau sebagai Islam kita langgar hukum hakam, ia salah lah ye). Dialog ni memberi tahu dekat kita semua, apa keputusan yang kita buat hari ini mesti ada kebaikan dia. Cuma sama ada kita merasa kebaikan tu cepat atau lambat je dan memanng dalam cerita ni dia sangat tekankan orang yang bersabar tu sangat untung dan tak rugi. Mungkin awal awal kita akan rasa susah dalam menghadapi semua cabaran tapi kerana kesabaran kita jumpa juga jalan kebahagiaan. Cerita ni menarik jugak sebab dia realiti. Dia bermula dari awal macam kalau kita nak kerja , kita tak terus dapat jawatan tinggi, kita mula dari bawah. Begitu jugaklah drama Nur Kasih. Konsep cerita dia sangat dekat untuk masyarakat dan sangat sangat logik untuk kita rasakan mungkin ada orang sebenarnya menghadapi kisah yang sama macam cerita ni. Akhir sekali, cerita ni hebat sebab pelakon pelakonnya sangat hebat. Setiap pelakon memang memegang watak tersebut dengan betul.

Jadi kalau korang belum tengok, Tengoklah dan dapat kan pesanan pesanan yang cuba disampaikan. Nadia memang berani memberi jaminan korang takkan rasa rugi :)