Menyelamatkan Kucing Jalanan: Hello Steven

 



Khamis (31/07/2025) yang lalu, ada kucing tiba - tiba muncul di kawasan bawah kondominium. Kesian melihat dia kelaparan dan kekotoran. Saya memang ada perancangan ingin mencari seekor kucing untuk jadi kawan kepada chloe, tapi bercandang selepas chloe sihat daripada neuter. Tiba - tiba muncul kucing ini di bawah condo, asalnya rasa berat nak ambil dia, sebab chloe baru je jalani pembedahan neuter, jadi tak berani nak terus pikul tanggungjawab ini. 

Tetapi melihatkan keadaan kucing ini memerlukan pemerhatian. Rasa berat untuk tidak ambil. Ikutkan secara kasar kucing ni berbaka parsi dan scottish. Tapi tak boleh dikenal pasti sebab kucing ni masih belum glowing.



Kucing ni dah pandai guna pasir. Jadi tak sure sama ada dibuang atau sesat. Tapi badan dah memang penuh dengan kutu dan fungus.


Terpaksa kuarantin kan dia dalam sangakr buat masa sekarang. Semoga dia akan sihat dan tak degil.

Oh ya, saya namakan dia Steven!



Catat Ulasan

0 Ulasan