Pencuci Muka Aloe Vera Terbaik Yang Sesuai Untuk Kulit Berminyak Dan Sensitif


 Memiliki wajah yang “flawless” adalah impian setiap insan. Apabila wajah naik jerawat seketul sahaja, terus kita bergegas mencari solusi untuk menghapuskan jerawat pada muka kita. Waktu itu bertungkus lumus kita scroll social media semata - mata untuk mencari solusi.

Nak memiliki wajah yang cantik, flawless dan berseri - seri, kita perlulah rajin buat basic skincare routine. Seperti yang anda semua tahu, langkah pertama adalah Mencuci Muka.

Tapi, macam mana nak cari pencuci muka yang sesuai untuk kulit muka kita?

Sebelum kita memilih pencuci muka, kita kena tahu terlebih dahulu jenis kulit kita.

Jenis - jenis kulit:

  1. Jenis kulit wajah kering
  2. Kulit berminyak
  3. Kulit kombinasi
  4. Kulit muka sensetif
  5. Kulit Normal

Mana satu jenis kulit anda semua? Saya lebih kepada normal-kombinasi. Ikut cuaca dan keadaan. Kalau panas sangat, jadi kombinasi. Kalau cuaca indah nyaman, normal sahaja.

Selepas sudah tahu jenis kulit kita, kita kena tahu juga ciri ciri pencuci muka yang bagus untuk wajah.

Ciri - ciri pencuci muka yang bagus untuk wajah:

  1. Tidak meninggalkan kesan kesat atau tegang selepas mencuci muka
  2. Melembabkan kulit
  3. Membersihkan pori dengan baik (deep clean)

Hari ini, saya nak share salah satu produk pencuci muka yang bagus untuk wajah kita iaitu pencuci muka Aloe AC Clean Bubble Cleanser.



Aloe AC Bubble Cleanser Dari Hansaegee Nature

Aloe Ac Clean Bubble Cleanser merupakan produk yang dihasilkan di negara Korea, negara yang sangat terkenal dengan produk penjagaan kulit. Beberapa bulan yang lepas, saya dah cuba sunscreen. Sunscreen dari Hansaegee Nature merupakan sunscreen yang best yang pernah saya ada.

Cuba baca: Tips Basic Skincare Routine Terbaik - Pentingnya Cara Pakai Sunscreen Supaya Kulit Muka Sihat dan Glowing

Oleh sebab pengalaman yang memuaskan memakai sunscreen aloe vera Hansaegee Nature, saya tidak teragak-agak untuk mencuba pencuci muka aloe vera dari Hansaegee Nature ini.


Produk ini didatangkan dalam botol. Packaging dalam botal sebenarnya bagus, lagi - lagi langkah yang kita perlu lakukan hanyalah tekan pam (penutup botol) dan kemudian cuci muka kita. Dapat mengurangkan bakteria berleluasa pada pencuci muka tersebut.

 

Tesktur pencuci muka ini apabila dipam keluar daripada botol adalah berbuih - buih (soft bubble). Tesktur begini boleh mencuci muka kita bersih hingga ke liang pori. Ia amat membantu dan bagus untuk sesiapa yang memiliki kulit yang berminyak, kerana pencuci muka untuk kulit berminyak ini dapat mencuci secara mendalam dan tidak akan menyebabkan pori - pori kita tersumbat.


Bahan-bahan yang terkandung dalam Aloe Bubble Cleanser

Aloe AC Clean Bubble Cleanser ini diformulasikan dengan menggunakan 12 jenis ekstrak tumbuhan semula jadi. Bahan utama yang digunakan dalam produk ini ialah Aloe Vera & Tea Tree Oil

Dua bahan utama yang ada pada produk ini sangat bagus untuk muka dan sesuai dijadikan sebagai pencuci muka untuk kulit berminyak, kulit kering dan pencuci muka untuk kulit sensitif. Korang semua mesti tahu Aloe Vera sangat membantu untuk merawat kulit kering kerana Aloe Vera mempunyai kandungan air (H2O) yang tinggi dan ini akan membantu untuk melembabkan wajah kita. Oleh kerana sifat soothing aloe vera ini juga, kita tidak akan rasa tegang atau kesat selepas mencuci muka.

Tea tree oil pula kegemaran para wanita, sebab tea tree oil ni dapat membantu mengatasi masalah kulit muka sensitif. Hal ini kerana, tea tree oil mengandungi terpinene yang bersifat antibakteria yang dapat membersihkan pori - pori yang menyebabkan jerawat dan sekali gus dapat mencegah kulit muka kita daripada berjerawat.

Pencuci muka terbaik ini juga bebas daripada bahan yang bahaya untuk kulit muka iaitu BEBAS PARABEN, BEBAS ALKOHOL dan BEBAS SULFAT

Cara - cara menggunakan Aloe AC Clean Bubble dengan betul

  1. Bersihkan dahulu kedua - dua belah tangan dan juga muka menggunakan air
  2. Pam Aloe AC Clean Bubble ke tapak tangan secukupnya.

       3. Cuci muka selama 60 saat. Ingat guna 60 saat rule!


        4. Kemudian bilas muka dengan air



Adakah saya suka pencuci muka Aloe AC Clean Bubble dari Hansaegee Nature

Yup! Saya suka. Saya tidak mempunyai masalah kulit yang sangat teruk (kulit tidak sensetif). Dalam banyak - banyak benda yang saya utamakan adalah tekstur kulit selepas mencuci muka. Mencuci muka menggunakan Aloe AC Clean Bubble ini, kulit saya rasa licin, lembut, dan lembab. Tidak pernah rasa ketat atau kulit kering selepas mencuci. Apabila saya rasa begini sahaja saya tahu, ini memang pencuci muka yang bagus.

Jadi yang mana tengah cari produk pencuci muka, boleh cuba produk Aloe Ac Clean Bubble Cleanser dari Hansaegee Nature ini sekarang. Bebas dari bahan berbahaya dan sesuai untuk semua jenis kulit!

Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari:

Website: www.hansaegee.com/shop

Instagram: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

Facebook: https://www.facebook.com/HansaegeeNature

Youtube: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia





Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. dah cuba day cream & sunscreen nya..memang best.. cleanser ni lum lagi.. leh try gak ni

    BalasPadam
  2. Atas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.

    Yang benar,
    Permaisuri Cuya.

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2024/01/giveaway-sampul-raya-rare-2024.html?m=1

    BalasPadam
  3. Atas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.

    Yang benar,
    Permaisuri Cuya.

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2024/01/giveaway-sampul-raya-rare-2024.html

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.