Vietnam Roll by Hijoroll amat menyelerakan

 

Dah lama mengidam vietnam roll by Hijoroll. Setiap kali lalu dekat instagram mesti rasa nak beli, tapi rumah selalu sahaja ada makanan, jadi tak terbeli sebab taknak membazir.

Kebetulan Selangor dah pun boleh merentas daerah ni, jadi kakak and abang - abang yang dekat daerah lain tu boleh lah datang ke rumah ni lawat mak dan abah kan. Ramai - ramai begini baru lah syok nak beli makanan luar, makan sedap - sedap bersama keluarga baru terasa nikmatnya. Betul tak?

Hijoroll punya resepi memang sedap. Selalunya kalau kita beli vietnam roll, mesti sos merah tu kan? Tapi hijoroll ini sempena tema hijau, sos dia pun hijau tau! 


Sos creamy ini sebenarnya membuatkan makanan hijau sayuran ni enak dimakan. Tiada lagi alasan untuk tidak makan sayur apabila ada sos creamy ini. 

Yang paling bestnya apabila salad - salad hijau dari hijoroll ini sangat - sangat lah fresh. Memang makan tu rasa rangup - rangup. Salah fresh memang sedap.


Nampak tak fresh betul salad yang hijoroll ni bagi. Memang selera lah kami semua makan. Isi dalam dia seperti biasa macam vietnam roll yang lain, ada timun, carrot dan juga kepingan hotdog ataupun ketam. Sos creamy dia ada rasa - rasa sos merah tu juga, ada juga rasa sedikit sos hijau yang dekat roti naan tu.

Harga pun bagi saya amat berbaloi dengan caj delivery RM 3.00. Satu kotak RM10.00 dapat 10pcs. Next time memang nak repeat order lagi. Hehe.

Bagi yang area Banting boleh order melalui maklumat di bawah: 

p/s: kadang - kadang mereka hantar juga ke area lain dalam selangor ini. Cuba lah merisik kalau berminat.

Instagram: Hijoroll

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. sedap nih..healthy food..sos creamy yg nmpk yummy..selalu cicah sos cili manis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak rasa bersalah bila nak makan sebab mengenangkan ia adalah healthy food

      Padam
  2. Pemakanan sihat ni, banyak sayuran hijau salad.
    Sos hijau tu nampak sedap pula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, lepastu salad je sebenarnya sayur yang paling saya mudah terima haha

      Padam
  3. sedapnya bila tgk Sos creamy tu alahai.. telan air liur jap

    BalasPadam
  4. sos creamy sedap ni..feveret vietnam roll ni

    BalasPadam
  5. Laaa tengok thumbnail nampak serupa kek hijau. Salad yang disusun bulat rupanya. Nampak sedap :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha kek hijau eh. Waktu awal awal nampak seller post gambar pun kita ingat ni kek hijau haha

      Padam
  6. sedapnyaaa.. nk2 lg salad yg rangup tu.. menggoda betol

    BalasPadam
  7. sedapnya, ada banyak pilihan sos pulak tu. Yang creamy ni nampak lagi sedap dari sos merah tu

    BalasPadam
  8. Salad kalau fresh memang sedap.. Nampak segar betul salad dia..

    BalasPadam
  9. Berbaloi sangat beli jenis salad fresh dan banyak macam ni. memang puas hati lah membeli. First time rasa vietnam roll buat sendiri tapi kurang menepati selera. Agaknya kena rasa orang lain jual dulu kot baru tahu sedapnya macamana.

    BalasPadam
  10. Memang berbaloi sangat tu. Geram tengok saladnya :)

    BalasPadam
  11. tak kedekut salad seller ni..good

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.