Ramadan ke-26: Berbuka puasa dengan Kerang dan Siput Sedut

Siang tadi blogwalking, baca pula post "Akhirnya Dapat Juga Kerang Walaupun Comot" by Khamsi Abdullah. Terus tekak rasa teringin sangat nak makan kerang. Rasa dah lama tak makan kerang sebab tiada sebab kukuh untuk makan kerang. Selalunya makan kerang, bila doktor kata kurang darah atau perlu makan kerang. Memang akan beli kerang. Bila tiada tuntutan mendesak memang takkan terfikir pun nak makan kerang.

Terbaca post itu tadi, terus teringat yang dekat bazar tempat dialisis abah haritu ada nampak satu kedai ini jual kerang. Ajak mak pergi bazar dekat dengan dialisi abah untuk beli kerang bakar. Nasib baik masih buka hari ini. Al maklumlah sekarang kan orang dah start balik raya, boleh jadi pasar malam pun berkurang lah bukaknya kan sebab berpusu - pusu balik raya. 


Besar - besar jugalah kerangnya. Tapi Abah kata ini macam kerang lama. Tetapi kita makan sahajalah. Dapat makan selepas beberapa tahun lamanya tidak makan pun dah rasa nikmat. Walaupun ada jugalah rasa takut pula bila dengar kerang lama.

Jalan - jalan kat bazar itu, tiba - tiba nampak pula siput sedut. Dah lama juga tak makan siput sedut ini. Jadi kita beli juga lah walaupun sebenarnya rasa kerang ni dah cukup dah sebenarnya. Tetapi tak tahu lagi bila boleh nampak siput sedut dekat bazar ni. 


Satu sahaja yang kurang dekat siput sedut ini, kuah masak lemak dia ni tak pekat. Kalau dapat siput sedut masak lemak cili api mesti sedap punya. Nanti lepas raya nak pergi kedai daging salai popular dekat sini, dekat situ rasanya ada siput sedut masak lemak cili api. Baru puas sedut sambil rasa pedas.

Lupa pula nak tangkap gambar pinggan. Kita makan nasi segenggam sahaja dengan sayur Pak Choy kita rebus sahaja sebab nak pastikan makan juga sayur.


Pergi bazar tadi pakai bucket hat sebab tak tahan dah nak hadap panas. Saya bukannya puteri lilin, tapi kebelakangan ini matahari ni memedihkan muka. Maka kita pakai bucket hat. Tetapi rasanya saya mendapat sambutan orang sebenarnya. Sebab tengah - tengah jalan ada dengar orang cakap "kenapa dia pakai itu", lalu ada orang lain pula jawab "Nak halang matahari lah oi". Saya rasa sebab saya pakai warna pink juga ni, bukan main menarik perhatian pula. Lepas ini tidak lah saya pakai baju warna pink begini pergi ke tempat begitu. Hahaha. Buat baju dalam rumah sahaja lah.

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Sedapnya kerang. Tengok post ni saya pulak terliur tengok. hehe..kurang nikmat kalau dapat kerang lama. Dari gambar pun nampak kuah siput sedut masak lemak tu cair. takpelah, bulan puasa ni kena bersyukur apa yang ada. Hihi..mungkin pelik sikit kot pakai bucket tu. Kalau orang dah biasa tengok, biasa dah.

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.