I Love You Stupid!

 

Semenjak Selangor dah boleh rentas daerah ini, mula banyak perkara kena buat. Kelmari pergilah rumah lama dan mengemas rumah lama. Allahu keadaan rumah lama itu memang hancur betul. Tak tahu macam mana dua bujang lelaki ni boleh hidup dalam keadaan begini.

Tak sanggup nak tangkap gambar sebelum rumah itu dikemas. Maka marilah sama - sama kita menggunakan imaginasi untuk bayangkan situasi rumah itu [asah minda]. Keadaan rumah tu sebenarnya dah ibaratkan store. Banyak barang - barang lama yang tidak dibuang. Antara barang - barang lama ialah saguhati yang kita selalu dapat waktu kenduri. Kebanyakkan memberi perhiasan kaca - kaca. Ada banyak sangat kotak yang memang penuh dengan kaca perhiasan. 

Waktu kami mengemas, banyak kali juga lah sebenarnya fikir, lain kali kenduri kahwin jangan bagi perhiasan begini. Kalau ada 1000 kenduri kita datang, memang ada 1000 perhiasan. Dah lah kalau datang dengan mak dan ayah, kemudian empat adik beradik. Ke-enam - enam ini dapat saguhati majlis. Dah bawak bali 6 perhiasan yang tiada ruang untuk kita sematkan dalam rumah. Nak mudah bagi makanan seperti roti gardenia atau maggie. Maggie tahan lama sikit kan. Sekurangnya - kurangnya kita tahu perut sentiasa ada ruang selepas kita membuang. Haha

Alih - alih bila dah kemas, terjumpa lah buku "I Love You Stupid!". Siapa - siapa kaki novel pasti pernah dengar tajuk novel yang dahulunya memang popular. Novel ini sebenarnya dicadangkan oleh cikgu sekolah saya ketika dulu. Kata beliau novel ini bukan sahaja mengenai cinta, tetapi ada cerita mengenai Kemboja. Tidak dinafikan ketika saya baca novel ini lah saya tahu mengenai Kemboja. Rasanya kalau tak pernah baca, mungkin saya tidak akan tahu.

 

Saya tidaklah ingat bagaimana perjalanan novel ini. Apa yang saya ingat dekat sini, Kemboja menganggap Negeri Kelantan ibarat Mekah. Maksudnya kalau dapat jejak Kelantan pun dah rasa macam jejak ke Mekah. Ibarat begitulah. Rasa syukur dan nikmat dapat pergi Kelantan. Mungkin kerana Kelantan kita tahu betapa terkenalnya sebagai sebuah Negeri yang ke arah Islam lebih tinggi. Itu apa yang saya faham sepanjang saya baca novel ini. Mungkin saya kena duduk Kelantan bertahun - tahun baru saya boleh lebih mengerti apa isi novel ini sampaikan.

Misi saya seterusnya saya mahu habiskan masa saya untuk membaca novel ini. Sementara sem pun belum bermula boleh lah saya nak selitkan amalam membaca novel. Nanti kelas dah bermula mesti padat dengan assignment lain.

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. best!! Awak Suka Saya by Melur jelita pun. banyak leh belajar dr novel2 Arwah Melur Jelita ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya nampak juga dia cop situ awak suka saya tak. Tak dapat lagi baca novel tu rasanya

      Padam
  2. Kalau dulu betullah seperti yang dianggap, Kelantan Serambi Mekah sebab ramai agamawan dan para kiai dekat sana. Ada pula Almarhum Tok Guru Haji Nik Aziz jaga negeri Kelantan dengan baik. Best baca novel ni sebab dapat tahu pasal budaya masyarakat Kemboja

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, bila baca macam eh dah lama tak dengar tentang Almarhum Tok Guru Haji Nik Aziz, dulu bukan main selalu dengar. Waktu baca pun rasa mcm begini rupanya masyarakat Kemboja.

      Padam
  3. Tebal juga novel tu teringat pulak novel-novel Mrs. A mana ntah perginya dalam stor kot hahahhaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe. Tebal dan penuh isi yang bermanfaat. Ini kira novel membaca sambil menuntut ilmu

      Padam
  4. tebal tu..tapi kalau plot best, seronok baca..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, dan juga ilmu baru tentang Kemboja. Ada juga dia menceritakan serbi sedikit tentang sirah

      Padam
  5. Tebalnya.. Nak pegang pun nangis tangan sbb berat.

    Bab wedding souvenir tu.. Sbb tu ammi prefer org bagi sesuatu yg kita mmg boleh guna/makan dr perhiasan yg alahaiiiii. Buat semak je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan, dulu dulu takde ilmu mmg bagi perhiasan. Sekarang ini ramai dah bagi makanan. Barulah best kan

      Padam
  6. doorgift kawen skrg pon byk bg makanan dr hiasan..
    hiasan pon xtau nk wat pe.. last2 buang.. haha


    haaaa sukanyaaaa bc novel ni!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, nasib baik skrg org dah mula bagi makanan. Saya as dewasa would prefer to get mentos. HAHAHA.

      YEY KITA GENG SUKA BACA NOVEL INI!

      Padam
  7. Erk.. tapi personally saya rasa Kelantan tak jauh beza pun negeri lain dalam malaysia ni huhu

    BalasPadam
  8. Dah lama tak baca novel tebal macam ni.. Last baca novel macam ni mase STPM kot. Lepas tu tak sempat dah nak baca novel.

    BalasPadam
  9. Mesti jenuh nak mengemaskan rumah lama tu. Lagi lagi bila lama tak jengah. Dapat bayangkan. Tak pernah tahu tentang novel ni. tapi tentang negeri Kelantan tu pernah dikhabarkan begitu juga.

    BalasPadam
  10. Novel arwah Melur Jelita semuanya tebal-tebal, kan...

    BalasPadam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.