Asalnya nak singgah IOI sebab nak beli make-up raya dengan menggunakan ePemula tempoh hari. Disebabkan tak boleh digunakan untuk transfer online, memang gigih jugalah sebenarnya datang ke mall dan gunakan ePemula tersebut.
Alang - alang datang IOI Mall ingat nak shopping raya, memandangkan saya tiada lagi baju raya. Tempoh hari ada pergi jakel, tetapi tiada yang menarik, harga pun melayang - layang duit saya kalau beli. Cuci mata juga kat butik lain, tapi design nya pula macam baju - baju lama yang tak habis dijual. Agaknya mungkin saya terlalu lambat shopping ni.
Zaman dulu waktu saya sekolah rendah dan menengah, IOI Puchong ni memang tempat utama untuk cari baju raya, tapi kali ini bila pergi, dah tiada baju dah untuk dibeli. Susun atur pun ini sahaja yang tinggal. Sekarang ini agaknya kalau nak shopping raya, memang kena pergi butik. Mall dah tak ambil alih dah jualan baju raya. Atau sebab kita PKP 2 tahun. Saya pun baru sahaja shopping raya selepas 2 tahun tak shopping, itu yang kalau boleh dapat sehelai pun dah happy.
Kalau tidak dapat baju raya, dapat kasut raya pun jadilah. Sebab ingatkan kali ini nak beli heels, sebab saya banyak beli sport shoes atau sneakers sahaja. Jadi alang - alang raya, kita nak beli terus heels cantik molek. Tetapi saya selalu tengok shopee range harga RM 40 - RM 60, bila tengok dekat mall, uish beratus - ratus. Rasa sayang nak spend beratus - ratus untuk kasut (ish ish bunyi macam kedekut)
7 Ulasan
Nak beli baju online masih bersepah lagi cuma takut waktu dorang pos akn dpt baju selepas raya..hehe
BalasPadamBetul. Lagi satu saya nak try baju raya dulu baru lah decide okay ke tak. Beli online takut tiba tiba macam tak cantik bila pakai.
PadamLepas ini saya nak beli before raya lah ahah
Kami baru balik dari Sunway Pyramid. Ada terdetik juga nak ke IOI tadi. Bila tengok ke trafik tersangkut-sangkut, ke Sunway je la jawabnya lagi dekat.
BalasPadamWaktu minggu ni memang sesak shopping mall ni. Orang kata sampai berjam jam dekat parking tu
Padambaju raya 2psng beli kat shopee.. nsb baik cantik.. haha..
BalasPadamselamat mencari baju raya!
Uwahh beli dekat shopee.
PadamAgaknya ramai dah shopping awal kot. Saya pun pergi shopping mall last week tak ada yang berkenan. Mana yang ada je dapat. Harap nanti dapatlah yang berkenan di hati.
BalasPadamSegala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.
Sekian Terima kasih.