Rugi Beribu - ribu Diperdaya Oleh Scammer Menyamar Sebagai Pegawai Polis

 

Senario:

Pegawai Polis: Salam cik/puan, ada membuat penghantaran ke Kuantan, Pahang kepada Fulan bin Fulan (data palsu). Didapati penghantaran yang cik/puan buat ini adalah salah ye. Cik/puan tidak boleh menghantar barang seperti kad ATM dan Kad pengenalan. 

Mangsa: Saya tidak membuat penghantara seperti itu. (Menafikan 100%)

Pegawai Polis: Kalau cik/puan tidak membuat perlu buat laporan di IPD Kuantan, Pahang (Sebab parcel dihantar ke Kuantan, Pahang) mengenai penyalahgunaan data maklumat peribadi cik/puan. 

**suara komputer:  "Sila tekan 99 untuk sambung ke IPD Kuantan, Pahang" 

**telah sambung ke IPD Kuantan Pahang

**ketika penyambungan berlaku, salah satu cara untuk menyakinkan mangsa, nombor telefon yang tertera di telefon adalah sama dengan IPD  Kuantan, Pahang  apabila anda google.

Pegawai Polis: Saya Koperal (nama), akan membantu cik/puan untuk kes ini. Sebelum itu biar saya buat semakkan kad pengenalan cik/puan terlebih dahulu

**semakkan kad pengenalan sedang dijalankan. Akan ada beberapa situasi seolah - olah koperal ini bercakap dengan seorang pegawai di Bukit Aman.

Pegawai Polis akan mengesahkan maklumat peribadi yang dia dapat daripada pegawai Bukit Aman dengan mangsa.

Pegawai Polis: Selepas melihat data cik/puan terdapat penglibatan cik/puan dalam sindiket dadah dan membuat transaksi menggunakan maybank yang didaftarkan oleh nama cik/Puan sebanyak RM 40 Juta. Dalam kes sindiket ini cik/puan mendapat komisen sebanyak 10%. Cik/Puan juga mendapat waran tangkap dimana cik/puan akan dibekukan aset. 

**Pegawai polis tersebut akan terus mendesak dan menakutkan mangsa dengan menyatakan keburukan apabila mempunyai waran tangkap ini. Dan paling menakutkan, pegawai polis tersebut akan mengugut mangsa untuk tidak memberitahu kepada siapa siapa.

Dengan taktik ini, pegawai polis akan menyuruh mangsa untuk membuat transaksi semua wang yang dimiliki oleh mangsa pada sebuah akaun bank yang kononnya merupakan seorang JuruAudit. Transaksi ini bertujuan untuk menyiasat sebarang kemusykilan yang sebenarnya tidak pernah wujud. 


Senario di atas adalah salah satu contoh bagaimana scammer mendesak anda sehingga anda sendiri akan memberi duit yang ada pada diri anda. Malah paling teruk adalah apabila scammer seperti ini menyuruh anda meminjam.

Bukti Pegawai Polis Tersebut adalah palsu

1. Proses untuk kita mendapatkan atau menyempurnakan waran tangkap adalah panjang. Proses ini tidak akan berlaku 100% dalam panggilan. Pegawai yang bertugas sebenarnya sendiri perlu mengenal pasti lokasi dan keberadaan penjenayah tersebut. Kalau dalam kes ini kita dapat lihat betapa tidak logiknya sekiranya anda berada di Selangor, urusan anda perlu dilakukan di IPD Kuantan.

2. Waran tangkap dalam senario ini hanyalah dinyatakan secara verbal. Tiada bukti salinan. Sekali lagi proses menyempurnakan waran tangkap (menangkap jenayah dan sebagainya), pegawai sebenarnya perlu menunjukkan bukti (salinan) kepada penjenayah tersebut. Bukan sesuka hati tau pegawai nak sebut sebut tanpa menunjukkan sebarang bukti.

3. Polis tidak akan mintak transaksi atas talian. Lagi - lagi melibatkan perkara seperti waran tangkap. 

Apa yang Anda perlu lakukan sekiranya anda mendapat panggilan seperti ini?

1. Matikan panggilan tersebut. Sekiranya anda telah syak ini adalah scam. Matikan sahaja. Ingat satu perkara sekiranya perkara ini serius sudah pasti polis tersebut datang ke rumah anda. Atau ia akan membuat panggilan sekali lagi. Matikan terus panggilan atau anda biarkan sahaja scam itu bercakap seorang diri. Kerana permulaan scammer ini akan menyatakan sesuatu perkara yang anda tidak buat. Sebagai contoh, "menghantar parcel kepada sekian sekian pada tarikh sekian sekian". Maklumat palsu? Jangan dilayan.

2. Terus menghubungi balai polis yang terdekat untuk mendapatkan kepastian. Sekiranya anda masih ragu-ragu teruskan sahaja membuat panggilan atau pergi ke balai polis terdekat. Polis pasti akan memberi tahu anda prosedur yang sebenar dan menyakinkan anda bahawa panggilan tersebut adalah sebuah penipuan.

3. Bertanya pada kawan - kawan. Lagi - lagi ketika anda panik. Anda perlukan kawan untuk menegaskan kepada anda bahawa itu adalah penipuan. Kadang - kadang bila kita panik, kita kalut dan takut memikirkan masa depan kita. Kawan ketika ini boleh membantu anda.

Sekiranya Anda telahpun Menjalankan Transaksi pada scammer, Apa yang anda perlu lakukan?

1. Membuat laporan di balai polis yang terdekat untuk mendapatkan laporan yang membenarkan anda memohon pada pihak bank untuk membuat siasatan dan mencari penama bank pemilik scammer tersebut. Proses membuat laporan boleh mengambil masa selama 3 jam kerana selepas membuat laporan anda akan disoal siasat oleh IO di IPD berdekatan.

2. Menghantar laporan kepada bank - bank yang digunakan oleh anda untuk membuat transaksi. Di sini pihak bank akan memberi anda untuk menglengkap borang bagi tujuan penyiasatan.

Apa kebarangkalian Anda akan mendapat Wang Anda Semula?

Keberangkalian untuk anda mendapat wang ada semula adalah tipis. Hal ini kerana, kebanyakkan scammer kini menggunakan kaedah yang lebih susah untuk kita mengenal pasti jenis bank yang digunakan oleh mereka.

Bersama - samalah kita memberi kesedaran kepada pihak ramai mengenai modus operandi scammer seperti ini.

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Biasa dapat call dari mahkamah dan LHDN. Ada masa pulak dorang nak call orang kan. Dasar scammer betul. Risau scammer zaman sekarang. Macam macam taktik dorang memperdayakan kita. Kena aware tentang ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang scammer pun mengkaji juga semua document yang polis selalu guna yang membuatkan kita semua percaya bahawa mereka adalah pegawai polis.

      Padam
  2. hampeh betul scammer2 ni sakit hati tgknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu mama, ada orang boleh hilang almost 100k ++ sebab terpedaya dengan scammer ni

      Padam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.