Tiada Idea untuk Memasak ? | Guna Web App Mudah untuk Mencari Resepi Khairul Aming

Satu Malaysia sudah kenal Khairul Aming, seorang content creator dan juga ahli perniagaan yang berjaya di Malaysia. Resepi - resepi Khairul Aming juga sebenarnya mudah, dan cara penyampan video memasak beliau juga ringkas dan padat. 

Secara peribadi, saya suka menonton video masakan Khairul Aming disebabkan Khairul Aming sangat memastikan resepinya disampaikan dengan cepat dan jelas. Saya suka video yang terus bagi tahu apa perlu dibuat dan tidak rasa membuang masa.

Kadang - kadang resepi selalu singgah ke Feed Instagram, Reels Instagram, For You Page Tiktok, Timeline Twitter. Tetapi tak kena dengan tekak kita. Lepas itu boleh pula kita tiada idea dah nak memasak apa hari ini. 

Hari ini, saya nak kongsikan satu Web Application yang dibuat oleh rakan saya iaitu, Afrie Irham. Beliau telah menggabungkan resepi - resepi yang telah dibuat/dimuat naik di instagram Khairul Aming. 

Web Application Koleksi Resepi Khairul Aming ini amat mudah untuk digunakan. Contohnya anda berminat untuk makan masakan berkenaan ayam. Tulis sahaja di carian "ayam", maka akan keluar kesemua resepi ayam. Boleh lah pilih mana yang menarik dihati anda. Apabila anda tekan pada resepi tersebut, ia akan membawa anda ke Post Instagram oleh Khairul Aming. Hendak dipendekkan cerita, Web Application Koleksi Resepi Khairul Aming ini ibarat "E-Book Resepi Khairul Aming"

Screenshot di Web Application Koleksi Resepi Khairul Aming

Untuk maklumat lanjut, anda boleh pergi ke Twitter beliau (Afrie Irham), untuk membaca thread beliau mengenai Web Application Koleksi Resepi Khairul Aming

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Balasan
    1. Menarik kan app ni, sangat membantu sebenarnya

      Padam
  2. Bagus ni, senang semua resipi kumpul kat sini senang nak mencari. Banyak KA invest untuk content beliau. Tahniah semua yang terlibat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Cari pun mudah sebab guna keyword nama makanan macam ayam, ikan, daging. Lepastu boleh pilih sahaja apa yang kita inginkan

      Padam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.