First Week of e-Learning

Sumber : blendspace

Haloooo and Whats Up guys! 

How you guys doing for the first week of Ramadan ? Nadia harap baik-baik sahaja walaupun suasana Ramadan kita berbeza macam Ramadan sebelum ini, diharapkan kita tak lemah semangat dalam memunaikan ibadah wajib ini. Insya-Allah.

Okay baiklah, secara rasminya Nadia telah selesai menjalani E-Learning untuk minggu pertama! Wo-hooo. Awal-awal dengan E-Learning ni rasa takut sangat sebab aura nak belajar tu takde tau. Nadia suka pembelajaran jumpa dengan kawan-kawan, tak faham boleh terus tanya, lagi-lagi bila rumet Nadia kelas sama dengan Nadia. Ha pantas gitu dapat jawapan berbanding kalau E-Learning ni berbeza. Yelah kita tak online pada masa yang sama maka penantian adalah sesuatu yang menyakitkan.  Yang kedua punya ialah, rasa penat menanti ada kelas atau tak, disebabkan ini minggu pertama, majoriti pensyarah masih lagi dalam situasi mencuba, ada pensyarah masih lagi mengumpulkan semua pelajar. Yelah sebab tak semua student ni kadang-kadang muncul bila adakan synchronous e-Learning, jadi ada pensyarah ni dia nak pastikan semua pelajar dia ni wujud dan boleh ikuti pembelajaran e-Learning. Kalau tak boleh synchronous at least boleh lah nak hantar assigment ke, jawab quiz ke kan.

Secara overall, Nadia bersyukur pensyarah UM sangat memahami situasi belajar di rumah, mostly semua deadline assesement mingguan yang kalau waktu sebelumnya adalah sehari deadline, pensyarah tukar kepada seminggu atau sebagainya atas kerana budi bicara sebab tak semua pelajar full time student kalau dah duduk rumah, mestilah ada tugasan selaku anak juga dekat rumah kan. Dan yes mostly pensyarah UM akan buat recording jugak untuk live yang diorang buat jadi bila ada yang tak boleh join sebab slow, sekurang-kurangnya tak terlepas apa-apa pun. Nadia rasa e-Learning ni sebenarnya tolak ansur antara kedua-dua pihak. Pelajar pun kena mencuba bagi yang terbaik begitulah pensyarah. Nadia percaya kalau kita jujur dan cuba tolerate beberapa masalah apabila nak mengikuti jadual e-Learning ni, pensyarah pun akan tolerate. Guess what ? Kitorang ada presentation hari sabtu, tapi okay je setakat spend 20-30 minutes je, takdelah beban mana pun. Macam biasalah, nak taknak kita kena redha dan cuba sedaya upaya untuk ikuti sistem ini.

Tapi pada masa yang sama ada sedikit cabaran kalau bab assignment, Nadia rasa sangat susah nak buat online meeting assignment mengikut situasi-situasi sekarang. Dengan hujannya ada tetiba line slow teruk. Ada satu masa tu line Nadia 0 tu, ah sudah time tu macam dah kenapa tetiba nak macam ni. Tetapi takpelah kita cuba sedaya upaya je selagi mampu, semoga Allah permudahkan kita. Insya-Allah.

Harap berbaki lagi 8 minggu untuk e-Learning ni dapatlah bertahan :)

Macam mana dengan e-Learning korang ?

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Cabarannya mmg ada bila e learning. Adik dua org oun ddk rumah hadap laptop je memanjang. So kita tak suruh diaorg tlg² masak or kemas rumah. Asalkan kerja diaorg siaplah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, Mak Nadia pun tak expect Nadia duduk dekat laptop sepanjang hari

      Padam
  2. situasi macam sekarang ni sangat perlu 'give and take'. semoga baik2 saje awak~

    BalasPadam
  3. samalah dengan kaella, exam dibatalkan then kena ganti dengan extend assignment. 2 kali kerja buat esaimen. yang penting semua sihat-sihat sahaja. #STAYATHOME

    BalasPadam
  4. tula, tengok student2 macam kesian sangat sebab kena hadap online learning ni. tapi itu jelah cara yg boleh dibuat kan :/

    stay safe semua!

    BalasPadam
    Balasan
    1. BETUL, awal awal Nadia mcm frust tp tu je solution supaya kita tak sakit

      Padam
  5. penat. rasa macam takde life hari hari bangun dah bukak laptop sampai pukul 5 sebab kelas dri 8 sampai 5. pasal task tu yes memang bagi tempoh yang agak lama dalam seminggu tapi itul dengan nak membahagi masa nak faham topik itu lagi. saya dah lost count minggu ni yg keberapa dah e learning hahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi betul, Nadia kadang kadang tu sedar sedar dah tertidur waktu kuliah online

      Padam

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata yang tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.